Friday, June 21, 2013

Muhasabah Diri

Semakin hampir dengan Bulan Ramadhan semakin sayu hati ini.. Dah macam buat hepotisis dalam kelas SAINS masa sekolah dulu aje... HOHOHO.. lebih kurang lagi 3 minggu kita semua akan menjalani ibadah berpuasa untuk tahun ini, dan dah memang menjadi rutin setiap kali nak berpuasa perasaan syahdu nie akan datang menjelma dalam diri. Mungkin terkenangkan dosa-dosa lampau sehinggakan wujud perasaan yang sebegini dalam diri. Insaf... =,=

Mungkin perancangan hidup yang dibuat tidak seindah perancangan yang telah Allah aturkan. Mungkin ini ujian untuk menunjukkan kasih sayangNya pada hambaNya. Kerna, bukan semua yang pahit itu akan pahit untuk selamanya dan bukan yang manis itu akan manis selamanya. Disetiap perkara yang terjadi PASTI ada hikmah yang tidak semua tahu.

Berusaha mempersiapkan diri menjadi lebih baik itu yang pasti dan sentiasa mengingatkan diri bahawa janji Allah adalah PASTI. Mungkin lambat ditunaikan kerana Dia mahu menguji kesabaran hambaNya. Sabar adalah INDAH dan Perancangan Allah adalah yang TERBAIK..

Sekian.. :)

No comments: