Wednesday, July 31, 2013

Kuih dan Muih RAYA...

Sedar tak yang hanya tinggal 7 hari sahaja lagi nak beraya? Sedar tak yang raya tahun nie aku cuti panjang? hehe.. nak jugak mention cuti yang panjang tu.. memandangkan tahun nie aku dah pown berkerja dan dah pown mula ambil alih tanggungjawab untuk menyediakan pakaian, kuih muih dan sebagainyalah berkaitan dengan raya.. So aku decide untuk cipta satu kuih yang aku rasa sangat senang mudah dan agak murah kosnya..

TADA.. memperkenalkan, CORNFLAKES BERSALUT COKELAT PUTIH

Resepi yang aku cari kat internet.. sebab rasa macam banyak pulak masa terluang aku. Dari membazir dengan tidur aje dibulan puasa nie, baik aku buat aktiviti berfaedah siket.. Maka inilah hasilnya. Walaupown tak seberapa tapi boleh la... untuk memuaskan tekak sendiri. hehe :)

Bahan-bahan nak buat nie sangat senang. Oke, silalah scroll ke bawah untuk nak tahu bahan-bahan yang aku campak-campak untuk jadikan biskut nie

1st, wajib ada bendalah nie oke! :)
2nd, pastikan ada cokelat putih dan majerin. cairkan guna cara double boiler ye :)
tada.. inilah hasilnya lepas dicairkan

kemudian, masukkan cornflakes dalam bekas kemudian tuang semua cokelat putih tu dalam bekas yang berisi cornflakes tadi.
gaulkan sehingga dah betul-betul sebati cokelat dan cornflakes, then guna sudu yang kecil untuk masukkan cornflakes nie kat dalam cup yang cute-cute tu.. hehe :)
cup yang kecil molek nie...
lepas dah masukkan dalam cup yang comel tadi, letak dalam loyang macam nie dan masukkan dalam peti ais untuk 5 minit. Sebab nak keraskan cokelat je

Bila dah keluarkan dari peti ais, terus masukkan dalam bekas kedap udara oke, pastu simpan kat tempat yang tak bersuhu tinggi. Nak mengelakkan dari cokelat tu cair. :)
Maka dengan itu, siaplah biskut raya aku. Masa yang diambil lebih kurang 1 jam untuk siapkan semua nie. Senang dan simple aje.. Aku ada buat dua version biskut nie, 1 cokelat putih, satu cokelat gelap. Dua-dua pown sedap*ayat ambil hati* hehe.. okelah, itu aje step yang aku buat. Orang lain aku tak tau macam mana. Lain orang lain caranya. Aku guna manik berwarna warni sebagai hiasan sebab aku suka warna yang meriah nie. hehe... Selamat mencuba

Sekian :)

No comments: