Friday, August 16, 2013

Minal aidil wal faizin..pak

Setelah seminggu hilang tanpa sebarang connection dengan dunia maya kini aku kembali untuk merepek dan merapu lagi dalam nie. Hehehe... owh sebelum terlupa selamat hari raya untuk semua.mohon ampun dan maaf andai ada kata yang mengguriskan hati dan perasaan..

Hari raya yang paling heaven untuk tahun nie bagi aku.. kenapa? Banyak sangat sebabnya.. tape, aku nie memang sangat rajin nak tulis satu-satu. Hehe... sebab pertama adalah kerana tahun nie aku yang sediakan juadah utama untuk makan pagi raya. Juadah apa lagi kalau bukan kecintaan perut sepanjang hayat nasi ayam lah... nasi ayam baik punya resepi dari chef emak.hehee...

Sebab kedua, raya kali nie tak putus-putus orang datang beraya kerumah nie sampai aku pulak yang risau kalaulah tak cukup makanan. Tapi alhamdulillah, semua cukup dan tade langsung pembaziran macam tahun-tahun yang sudah. Tahun nie emak decide nak buat rendang daging sahaja sebab katanya tade sapa balik pown buat apa nak masak banyak-banyak.

Sebab ketiga... semestinya kerana sahabat, makwe dan geng lepaking sambil gosip aku tu balik pada hari raya ketiga dan start berdating dari hari raya ke4 sampai hari rabu lepas. Disebabkan aku kurang sihat pada hari selasa aktiviti nak makan anggur tepi pantai tergendala dan digantikan dengan makan k.tiaw sup gearbox kat rumah aku. Nie semua atas pertanyaan emak dan ayah aku, si dayah tu tak balik raya ke sebab tade datang beraya pown tahun nie.ishkkk...ishkkk... betapa istimewanya kau eh.. tapi sayang, masa sangat mencemburui kami berdua.. sangat sekejap rasa walaupown dop melepak dari pukul 4 sampai 6.30

Sebab seterusnya adalah... kerana tahun nie aku first time berjaya hadirkan diri ke majlis kawan-kawan aku yang melangsungkan perkahwinan pada hari raya kedua sampailah raya ke6. Mabuk gulai kawah aku tahun nie.

Sebab yang aku rasa paling menarik dalam sejarah hidup aku nie.. kerana aku pertama kalinya membahagikan duit raya untuk budak-budak yang tak lain tak bukan sapa lagi semestinyalah sepupu-sepupu aku yang agak ramai tu. Rezeki mereka semua untuk tahun nie. Alhamdulillah..

Aku dah tak tahu sebab yang keberapa dah nie.. sebab aku malas nak scroll atas nak baca balik. Maklumlah guna henset upload belog. Layankan jelah.. kiralah sendiri semua ya.. hehe

Sebab seterusnya, aku jadi pencetus untuk emak berbincang dengan ayah untuk bertandang kerumah pilihan hati abang aku untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka yang orang dok sibuk tanya tarikh tu. Tarikh nie aku jugak yang pilih sebab kalau ikotkan abang aku tu dia nak buat 24hb. Aku bantah sebab masa tu memang tengah kering sangat masa menunggu hari nak masuk gaji je tu. Jadi lepas dah tarik muka sambil merajuk emak bincang dengan abang kemudian mereka bersetuju anjakan ke hujung bulan. Hehehe... ape lagi memang aku pulak la yang jadi super excited dengan semua nie. Ini perkara normal bagi aku. Harap maklum ya semua.huhuhu

Sebab yang paling membuatkan raya aku sangat bermakna adalah kerana cik sue aku pregnant lagi dan dapat lepak borak lama-lama dengan dia. Selalunya kami tak sempat nak borak lama. Kadang-kadang tu tak sempat nak jumpa langsung walaupown sama-sama balik cuti.

Sebab terakhir aku nak cerita sebab redbull yang tipu aku. Tergoda nak try sesuatu yang baru konon. Hampa hati ku. Kalau nak tahu kisah tu sila tengok kat instaME aku eh. Malu nak cite kat sini.huhuhu

Dalam sibuk meraikan syawal, dalam sibuk bergelak tawa ada juga yang berduka. Bersederhanalah dalam segala hal. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan.

Okelah, memandangkan dah banyak sangat aku bagi sebab sampai talipon aku nie pown dah malas-malas nak keluarkan perkataan. Lain kali aku cerita lagi pengalaman cuti raya yang sangat panjang nie eh. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Sekian :-D

No comments: