Friday, August 30, 2013

Ceria Syawal...as reward

Bulan raya masih berbaki dan masih lagi terasa kehangatan sambutan raya tahun ini. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi sampai je hujung minggu ada je jemputan rumah terbuka untuk aku hadiri. Comfirmlah sampai sebab aku nie manusia kuat makan. Itu sudah terbukti oke.. hehe

Hari Khamis yang lepas, company aku ada mengadakan majlis Ceria Syawal kat Concorde Hotel dan sambutanya agak meriah, tapi ramai yang tak dapat menghadirkan diri. Yang ramai tentunya aku tengok yang dari HQ kalau dari site memang sikit sangat yang dapat hadir. Kekangan kerja mungkin membuatkan mereka tak dapat hadir.

Oke, bercerita pasal majlis ceria syawal nie.. aku sangat dah pening nak ambil gambar. Semua orang dah keluarkan henfon masing-masing yang canggih tu jadi aku menyelit je lah mana-mana camera yang ada. hehe.. :) 

Boss besar kami kata, ini semua adalah ganjaran untuk kami semua yang telah berusaha untuk membangunkan company nie. Dan kami tersangat rasa bangga bila dihargai oleh boss sebegini dan pertama kalinya aku bercakap dengan boss besar secara berdepan. huhu.. cuak jugaklah

Persembahan dari Adira dan juga dari Jamal Abdillah membuatkan dewan tu macam nak pecah.. Masa Adira nyanyi macam semua tak excited sangat bila keluar aje Jamal Abdillah, semua dok kerumun dia dan dok sibuk nak ambil gambar bersama. haha, yang paling memalukan diri sendiri aku naik pentas semata-mata nak bergambar dengan Adira. Semua nie salah Hafiz.. haha, sebab aku ingatkan dia yang nak naik bergambar dengan Adira rupanya aku yang disuruhnya. Turun aje pentas, terus aku menyorok belakang Hafiz sebab malu.. hohoho

Okelah, sampai sini aja cerita aku.. MERDEKA! hehe. Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Sama-samalah kita doakan semoga negara kita ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa. :)

p/s : ada something untuk U... :)



























sekian :)

No comments: