Wednesday, September 04, 2013

sebaris kata

Aku sebagai manusia yang sangat banyak cakap nie, selalu aje buat ayat ikut suka hati aku. Suka menggandakan perkataan yang langsung tade dalam kamus malaysia nie. Hehe.. contohnya suka-sukaan, kurus-kurusan, macam-macam lagi rasanya kata ganda yang aku cipta sendiri. Yang kadang-kadang akan menjadi bahan untuk orang gelakkan aku sampai pengsan. Adehhhh

Selalu cakap pown mesti akan salah ayat.. selalu jugak ayat aku akan jadi terbalik. Contohnya nak sebut cable network dengan tak sengaja jadi Nabel Catwork.. hahaha.. sedihkan jadi aku nie. Tapi bila perkataan aku jadi terbalik macam nie kompem orang akan tanya aku.. kau oke tak nie? hehe.. nampak ada kesinambungan disitu. :)

Tengok... perangai aku semulajadi begini. Aku nie suka sangat menyibuk tambahan lagi bila orang nak ambil gambar atau buat video. Tapi bila nak aku cakap depan kamera aku pulak yang ketar. Hehehe. orang kata confident tu penting. Tapi bagaimana pulak kalau orang yang terlampau confident nie? ==,

Bila kena speaking in English mula la nak gelabah. Sampai salah sebut pown ada kadang-kadang. Oke, aku mengaku dalam bab nie aku memang sangat failed. Kadang-kadang bila otak aku mampu berfikir luar kotak akan jadi senang aje. Kalau dia dok main nak fikir dalam kotak aja abeh la aku... huhuhu masak sayur lodeh la jawabnya.. :D

Hrm... macam episod mari mengenal diri aku pulak entri kali nie. Entah, mungkin sekadar perkongsian sebab aku nak sangat orang jadi aktif dan sihat. Dan bukan macam aku nih. Kadang-kadang boleh lupa apa yang nak dicakap walaupown tengah bercakap. Hehehe.. Terlampau banyak benda yang nak diceritakan.. Adehhh.

Selalu kalau aku cerita tapi aku tak dapat respond dari sapa-sapa mesti aku akan cakap " okelah, tade respond.. bai" bunyi bai aku tu macam nak pergi jauh sangat. Tapi maksud aku sebenarnya bai dari topik yang aku ceritakan tu. Oke..bukan topik tapi lebih kepada cerita. huhuhu.

Aku senang menjadi diri aku begini walaupown orang selalu cakap aku punya suara boleh dengar walaupown tak menggunakan microfon. Aku punya gelak dah tak kurang dari devil. hehe... Yang penting aku gembira menjadi diri aku dan aku cuba jugak untuk menjadi manusia yang kurang bercakap dan gelak. Sebab suarakan aurat. Tapi selalu aje mereka cakap aku bukan nak jaga aurat suara tapi nak jaga urat suara. huhuhu.. pastu mulalah episod gelak besar aku sampai satu aras boleh dengar. hoho.. :D

Moral of the story aku nie.. jangan menjadi manusia yang terlalu malu dalam menyuarakan pendapat dan juga jangan jadi manusia yang over confident dalam bercakap sampai cakap pown salah. Tu makan dia! hehe :)

Sekian.. :)
Post a Comment