Tuesday, August 27, 2013

Cinta dan jenis-jenisnya

Terasa macam terlintas dalam kepala nak tulis kisah pasal cinta dan jenis-jenisnya. Macam kuih raya aje bunyinya. Biasalah masih dalam mood raya sebab tulah nak jugak kaitkan dengan kuih raya nie.. hehehe

Oke, jenis cinta yang pertama aku nak tulis adalah cinta mati. Yang mana cinta jenis nie membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja, tak kiralah samada sanggup mengadaikan maruah diri, sanggup diperkotakatikan, sanggup dicaci, dihina dan dicerca. Dan sanggup jugak mengelarkan tangan demi nak bukti konon cinta sejati sampai mati. Ada jugak yang sanggup bunih diri semata-mata demi cinta. Nauzubillah.. :-(

Jenis yang kedua pulak jenis cinta kasihan.. kerana kasihankan seseorang yang pernah mereka cinta, diorang sanggup bertahan demi nak bahagiakan orang lain. Memang bagus niat nak jaga hati orang tu, tapi buat apa nak paksa diri kalau benar hati dah takde? Tepuk dada tanyalah selera anda.

Jenis yang ketiga pulak cinta yang aku pown sendiri kurang paham sampai ke sekarang.. cinta yang merayu-rayu. Cintakah ini? Hrrrmmmm :S

Seterusnya, cinta terhalang oleh orang tua.... dah macam lagu pulak.hohohoho. cinta yang tidak mendapat restu tak sepatutnya diteruskan. Kalau boleh ikutlah nasihat orang tua. Jangan pernah tukar keluarga dengan buah hati yang entah belum tentu jadi milik kamu suatu hari nanti.

Lagi... cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta inilah yang paling agung dan sepatutnya menjadi yang pertama dalam hati kita sebelum cinta lain. Tidak lupa cinta kepada kedua ibubapa.. cinta yang sangat indah bagi aku..

Sesungguhnya cinta terbahagi kepada bermacam jenis lagi. Aku dah macam hilang idea nak menaip lagi tentang cinta. Lagi pun apa yang aku tulis nie berkisarkan kehidupan dan keadaan sekeliling aku.

Sebolehnya carilah cinta yang halal kerana cinta itu akan lebih manis rasanya.. muhasabah diri.

Sekian :)

No comments: