Monday, September 23, 2013

checklist

Sejak ku bertemu pada mu fikiran ku telah terharu hanya kekanda yang akan dapat mengubatkan hati ku rindu.. lalalala :D

Bermood retro seketika. hehe.. Seketika menghilangkan diri dari dunia blogging. Sibuk melayan kerenah diri yang sentiasa mengada-ngada nie. Tak perlulah kot rasanya aku explain kenapa. Soalan sentiasa banyak tapi jawapan langsung x pernah wujud. hehehe, merepek lagi.

Okelah.. memandangkan sekarang dah hampir 10 bulan aku bekerja diSINI aku rasa nak rehatkan diri seketika dari bekerja. Nak rewardkan diri aku nie setelah penat lelah berhempas pulas mengeluarkan peluh dan membanting tulang *budjet macam kerja kat ladang* hahaha. Setelah bekerja keras menyiapkan projek yang di assignkan untuk aku aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku menghilangkan diri seketika. Bukan berhenti kerja oke!!! :)

Dalam sibuk melayan kerenah yang macam-macam nie aku dah pown mengaturkan percutian untuk aku dan... aku punya BFF tulah. Kami memang dah merancang masa cuti hari raya ritu untuk bercuti kemana-kemana destinasi kat dalam malaysia. Konon nak sahut seruan kerajaanlah. hehe.. Mulanya niat aku dan BFF nak pergi tidur aje kat mana-mana hotel @ resort @ chalet tapi macam agak dah menyimpang sikit hasrat kami sekarang nie.

Dari segi bab tempat tidur dan destinasi aku serahkan pada BFF aku.. rasanya kali nie aku memang bulat-bulat serahkan segala hal percutian kami pada BFF aku yang seorang nie. Aku malas nak berfikir sebab otak aku kurang sihat sekarang. Segala persiapan seperti peta, hotel dan camera dah BFF aku sediakan. Harus berpeta kali nie sebab dua-dua belum mahir dengan tempat yang kami nak tuju nanti. Kemana destinasi kami, aktiviti kami, dalam entry seterusnya aku akan update. *kalau rajinlah*

Menaip entry sambil bergayut telefon dengan mak dan ayah. Kena bebel sebab cakap sikit pastu gelak.hohoho.Tade MOTIF!!!! Sekurang-kurangnya aku gembira bila bercakap dengan mereka. hehehe :))

Terima Kasih sudi baca entri bosan nie.

Sekian :)

No comments: