Thursday, September 26, 2013

Pernah mengalami situasi seperti dibawah?

Situasi 1 :

Wah bila check akaun bank awal bulan mata blink-blink penuh dengan $$$ aje tapi esoknya duit dah tinggal ciput. Nak menunggu lagi hingga gaji seterusnya. Stresssnya! Terus down sambil guling-guling pandang kipas.


Situasi 2 :

Bila tiba tengah bulan mulalah buka dompet tengok ballance duit. Masa nie nak berjalan makan angin ke membeli belah ke walaupown tengah sale terkebil-kebil aje mata tengok duit dalam dompet. Bila keluar dengan kawan-kawan yang jenis baik hati yang amat mesti dapat tawaran untuk pinjaman duit. Kalau jenis yang senang bayar balik tapelah, kena pulak yang jenis bila dah ada duit terus lupakan duit yang diberi pinjam tu macam mana? Naya lah jawabnya!


Situasi 3 :

Masa nak meminjam semua janji manis aje muka pown buat cute-cute aje. Ayat bukan main susun lagi TAPI bila dah dapat pinjam punyalah susah nak bayar balik. Sampai sanggup nie buat tak nampak orang yang pernah tolong nie! Haissssh :)



Jadi, sama-samalah kita memperingatkan diri sendiri untuk tidak membelenggukan diri dengan situasi-situasi seperti di atas. Hutang wajib dibayar walaupown tidak diminta. 

Sekian (^.*)

gambar : www.google.com
Post a Comment