Tuesday, October 01, 2013

Vacation Part I

Hai Rabu... permulaan yang INDAH sebab pagi-pagi aku dah tak payah nak fikir nak makan apa untuk sarapan. Tinggal nak ambil dan suap aje dalam mulut. Terima kasih kepada pihak yang prihatin. :)

Oke, sekarang masuk bab nak bercerita tentang kisah aku bercuti tempoh hari. Seperti yang aku cerita dalam entri lepas,kalau rajin aku update. Sekarang mood tengah oke, otak pon tengah ligat so boleh la aku menulis sekejap. Disebabkan aku pon dah janji nak update dalam belog nie nak jadikan sampai part 5 jadi aku akan pecahkan sikiet demi sedikit.

Tujuan UTAMA kami adalah ke SELATAN tanah air. Ke negeri yang penuh dengan SEJARAH iaitu MELAKA Bandaraya Bersejarah. Tapi, destinasi pertama kami bukan terus ke MELAKA. Kami menyinggah dulu kat Nilai untuk survey barang hantaran kononnya.

Bergerak sekitar jam 7.30 pagi pastu jenuh kami menGPS exit nak masuk Nilai. Alih-alih terlepas jugak exit tu akhirnya kami masuk ikut Seremban. Jenuh berpatah balik ikut jalan dalam. Masing-masing dah pening dan risau. GPS kurang membantu masa nie, singboard lagi berkesan.


Siap guna dua talifon untuk guna GPS. Tapi, dua-dua jahanam. Kelaut semuanya!

Oke, jalan kat sini memang seram. Kenapa seram? sebab jalan nampak macam corner tapi, sebenarnya simpang. Kami siap gelak pusing-pusing sebab tak pernah jumpa jalan nie.


Sesampainya kami di Nilai, terus serbu kedai makan. Masing-masing dah kelaparan. Makan ikut nafsu dah aku rasa masa nie. Sambil doh mengoogle apa yang menarik pasal Nilai nie. Awal-awal tak nak google. Disebabkan banyak kedai yang belum dibuka jadi kami melepak sampai pukul 10. Lepas dah abis relax, terus mulakan langkah dari satu kedai ke satu kedai. Mulalah rambang mata tengok barang murah-murah. Serius aku cakap kat sini tudungnya sangat murah. Terlampau murah oke. Kalau bab kain baju pasang agak mahal. Lebih baik beli kat KL aje. Lagi murah dan berbaloi-baloi.


Keletihan dalam mencari bakul hantaran. Tengok banyak lagi kedai yang kami belum jejak. Tapi disebabkan aku dah memang tak larat jadi aku request untuk pergi beli aje bakul yang aku jumpa kat kedai depan tu pastu jalan-jalan cari tudung siket dan terus berlalu dan menuju ke destinasi UTAMA kami.


Selamat tinggal Nilai.... :)

Oke, part 1 dah berakhir. Nanti aku update lagi kisah kami bercuti di Melaka. Kat sana lebih banyak cerita yang aku nak kongsikan. Sebab banyak sangat tempat yang bersejarah dan best kami jejak. Dan ada jugak kisah sedikit seram berlaku. Hehehe.. terima kasih sudi baca

Sekian.. :)

No comments: