Friday, October 04, 2013

Vacation Part II

Salam Jumaat semua... memandangkan minggu depan aku akan berada di luar kawasan liputan, jadi aku nak update lagi pasal kisah vacation aku ke tempat paling banyak sejarah di Malaysia nie.

Selepas kami habis tawaf Nilai 3, terus kami memulakan langkah ke MELAKA berpandukan GPS untuk keluar dari kawasan nilai. Semestinya kami kena mengharungi kembali jalan yang kami berputar-putar tu sebab kami kan dah salah masuk simpang. Oke, tinggalkan kisah Nilai.. terus masuk kisah Melaka. Kami tiba di hotel sekitar jam 2.30 petang, dan terus check in dan masuk bilik tidur.. ZZZZZzzz

Rehatkan diri seketika sebelum buat aktiviti seterusnya. Maklumlah dah habiskan tenaga berjalan dan berpusing-pusing cari hotel. Macam aku pulak yang drive. hehehehe. Sekitar jam 5 kami mula keluar untuk mencari makan. Perut dah lapar meminta makanan. Terus pickup kawan kepada kawan aku untuk bawak kami berjalan-jalan sekitar bandar Melaka.


First kami terus menuju ke Api-Api steamboat and grill. Orang kata tempat nie femes jadi kami pown singgahla... Makanan laut dia sangat bagus dan segar. Yang paling aku suka dalah ketam dan kerang. Memang asyik ulang ambil dan makan aje. Lepas dah jadi macam ular sawa masing-masing kami terus bergerak ke AEON untuk solat Maghrib. Berjalan, berjalan jugak yang wajib jangan nak abaikan. Ingat tau!

Destinasi kedua, kami telah menjelajah sungai Melaka dengan menaiki cruise. Seronok.. sebab ni adalah tujuan utama aku nak datang sini. Kalau tak dapat naik aku nangis guling-guling kat situ jugak. Tadelah ape sangat dengan cruise nie, tapi sekeliling sungai nie banyak tempat menarik. Letih nak explain semua tau.





sedikit gambar yang dapat aku snap ketika mengelilingi sungai melaka.

Selepas aje turun dari cruise terus kami melawat oye on Melaka. Naik pirate ship yang konon mula-mula selow pastu makin laju dan tinggi. Sampai dah berpeluh tangan aku menaip kisah nie. Oke.. next. Lepas aje keluar dari kawasan nie kami bergerak untuk berjalan kat jonker walk.. tapi disebabkan tade parking jadi kami pun pusing-pusing sampai berkali-kali sampai aku dah boring dan terus balik hotel aje. Tidur lagi bagus.


Gambar nie aku snap semasa  nak masuk pintu hotel. Nampak menarik waktu malam hari.. Seterusnya aku akan update lagi bila rajin.. hehe.

Sekian.. :)
Post a Comment