Friday, November 01, 2013

Experiences :)

Hari ni nak berkongsi kisah yang sering berlaku di sekeliling aku. Kisah tentang KAWAN masa susah dan senang. Bak kata orang tua kawan masa suka memang senang dicari dan ramai yang boleh dijumpai. Kawan yang diperlukan masa susah memang sangat susah nak cari. Malah aku rasa mungkin 1 dari 1 ribu yang akan stay bila kawan dia dalam kesusahan.

Situasi 1 :

Adakah anda mempunyai seorang kawan yang hanya muncul bila mereka terdesak dan perlukan pertolongan terutama sekali dari segi hal kewangan? Dulu waktu senang bukan main berlagak, langsung tak kenal orang jalan nak mendongak ke langit aje bila dah susah mulalah nak mencari KAWAN.

Cadangan :

Sila jauhkan diri anda dari orang seperti ini. Kerana bila mereka senang kembali mereka takkan pernah sekali ingat kepada orang yang pernah tolong mereka.



Situasi 2 :

Seseorang dalam keadaan yang memerlukan bantuan kewangan. Mula meminjam dengan kawan yang lain dan mula mencipta janji. "Saya akan bayar duit anda secepat mungkin." Tapi bila tiba masa yang dinanti muntah balik dengan janji orang yang meminjam tu. Ada pulak kes sampai hilangkan diri dan langsung tak ada respon bila diminta untuk kotakan janji yang dicipta itu.

Cadangan :

Biarkan orang seperti ini merasa nikmat hidup dengan janji palsu mereka tu.. Kerana suatu hari nanti mungkin mereka akan termakan dengan janji palsu mereka sendiri. Biarlah mereka menjawab sendiri nanti.



Situasi 3 :

Berkawan hanya masa bila rasa bosan. Mencari orang yang mereka panggil kawan bila hanya mereka rasa sunyi. Orang kata kawan part-time

Cadangan :

Seeloknya jauhkan diri dari kawan sebegini. Terutama sekali bila mereka itu adalah crush anda.



Mengikut pengalaman aku yang kurang matang ini, aku banyak jugak jumpa orang yang seperti situasi kat atas tu. Memang sangat susah nak jumpa seorang sahabat dan sangat senang nak jumpa seorang kawan. Dalam ramai-ramai kawan belum tentu mereka boleh jadi sahabat. Yang dinamakan sahabat bukanlah seorang yang sentiasa memuji-muji kamu tapi seorang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. Fahami, dalami, hayati. Sama-samalah kita berusaha supaya dapat menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Sekian :)


No comments: