Monday, November 11, 2013

Nion-nion

Dah hampir dua minggu nak buat entri tapi asyik tertangguh aje. Konon banyak komitmen dengan benda lain padahal banyak aktiviti merewardkan diri sendiri. Hari nie baru rasa mood nak taip entri tu berkobar-kobar sebab takut nanti hilang idea pulak. Kat sini aku akan combine segala kisah nion-nion aku dengan kawan-kawan zaman sekolah menengah dulu selain dengan BFF aku tuh. :)


03 November 2013

Selepas hampir 8 tahun kami semua meninggalkan zaman sekolah menengah, akhirnya kami bertemu kembali untuk kali pertamanya di majlis "nion-nion" yang kurang rasmi sebab aku menjadi manusia paling terakhir tahu tentang nie. Nasiblah mereka semua plan kat Sunway Pyramid aje, kalau jauh memang tak la aku nak menjoinkan diri.

Aktiviti pertama mestilah mengenyangkan perut. Dalam bab makan aku tak join sebab aku tengah dalam perjalanan ke sana. Aktiviti seterusnya mestilah tengok wayang. Cerita THOR menjadi pilihan mereka.Sebab aku dah last minute buat keputusan so takde pilihan la.. Layankan ajelah..

Lepas habis cerita masing-masing dah tak ada tujuan nak buat dan aku buat keputusan untuk balik sebab malam tu ada live bola Kelantan Vs Pahang. Sepatutnya aku dan Dayah berada di dalam stadium untuk tengok live bola tapi disebabkan aku lambat pergi beli tiket bola jadi kami kenalah tengok bola kat rumah. Oppss, dah lari cerita nie!


05 November 2013

Adalah hari cuti sempena Awal Muharam. Berlaku lagi kisah nion-nion dengan geng budak sekolah nie tanpa planning awal lagi. Malam sebelum masing-masing sibuk dok mengajak pergi berenang. Oleh kerana aku free pada hari berikutnya jadi aku pun merajinkan diri reply wassap group dan join diorang pergi mandi sungai.

Niat awal hanya nak mandi kat Ulu Yam, tapi rupanya diorang bawak pergi mandi kolam air panas dulu. Konon awal-awal pagi tak boleh mandi air sejuk lagi. Aku dah lupa apa nama tempat tu tapi yang pasti tempat tu atas lagi dari Ulu Yam dan lagi terpencil. Dah hampir sampai ke Genting Highland kami jadinya hari tu disebabkan drebar yang sangat pro.







Selepas aje selesai mandi-manda kat sini, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Kanching, Rawang. Ulu Yam dah dibatalkan sebab diorang nak cari sesuatu yang adventures. Nak panjat bukit cari air terjun 7 tingkat kata mereka. Aku ikutkan ajelah.. Dah nama pun berjimba-jimba hari cutikan?



Mencabar fizikal sangat tau semata-mata nak mandi air terjun nie. Kena panjat bukit dan tangga nie. Rasa macam nak pengsan saat tu aja bila kena daki tangga yang bertingkat-tingkat nie. Nasiblah tempatnya agak menarik dan mendamaikan jiwa yang selalu sibuk dengan hal dunia nie. Bila datang sini baru aku sedar yang indahnya ciptaan Allah nie. Alam semulajadi begini memang sangat sesuai untuk orang yang selalu aja tak punya budjet besar untuk bercuti jauh-jauh.






Bermula dari tingkat 4 kami mandi manda dan bertukar ke tingkat 5, 6 dan akhir sekali ke tempat yang paling tinggi dan paling cantik. Aku sangat terpegun bila tengok air terjun nie. Terus lupa yang aku datang dengan ramai-ramai orang. Memang sangat berbaloi dengan segala penat lelah daki tangga dan bukit bila dapat lihat tempat secantik ni. :)


Sekitar jam 3 kami mula beransur turun sebab ada lagi aktiviti yang kami nak lakukan, iaitu aktiviti makan mee celup. Argghhh, tulis aje boleh buat meleleh air liur sebab sangat sedap dan sangat berbaloi kerana rasanya sama macam rasa makan kat kampung. Dan paling best kedai nie sangat dekat dengan area rumah aku sekarang. Bila-bila masa aje nak boleh pergi. Oke, dalam aktiviti ini Dayah tak join sebab dia kena kerja.




Daripada banyak-banyak perkara yang berlaku, aku dapat lagi hadiah. Kaki aku terhantuk kat batu dan tergores dan lebam begini. Sakit jugaklah tapi masih mampu bertahan demi makan mee celup yang sedap tu. Hehehe :)



08 November 2013

Oleh kerana tarikh nie jatuh pada hari Jumaat dan Dayah pun cuti dan aku pun dah habis training jadi aku rewardkan diri dengan membawa mereka-mereka makan mee celup sekali lagi dan mulanya kami bercadang nak ke Putrajaya sebab aku yang nak sangat kesana. Dayah siap bawak gitar lagi sebab nak bagi Alia nyanyi akustik tapi alih-alih jadilah kisah tengok wayang sekali lagi. Kali nie ceritanya pula Ender's Game. Cerita science fiksyen yang memerlukan anda untuk berfikir semasa tengok cerita nie. Ceritanya not bad sebab aku pun layankan aje sebab orang belanja. Siap ada yang tertidur dalam panggung wayang. Destinasi bertukar dari Putrajaya kepada Setia City Mall.




Oleh kerana ada 2 jejaka jadi aku paksa mereka untuk drive pergi dan balik dan lepas tengok wayang kami kena hantar balik jejaka dua orang nie sampai depan rumah. Dah terbalik jadinya, perempuan hantar lelaki balik rumah. Adeh!


09 November 2013

Hari untuk girls day out. Dah terlampau lama rasanya tak keluar dengan The Girl's berfoya-foya dan bershopping. Biasalah rancangan nak keluar awal pagi tapi alih-alih jadi lewat tengah hari. Itu normal oke. Destinasi kali nie adalah GM Klang. Pusing-pusing habis satu bangunan dan tak ada apa yang menarik sangat. Aku dan Alia sempat merembat tikar getah dan Dayah tak habis-habis dengan barangan kecantikan dia tu. Obeses sangat nih. Sekali lagi malam sebelum Dayah dan Alia balik kami singgah makan lagi kat kedai mee celup tu dan kali nie rasanya agak kurang siket. Dayah try menu baru iaitu kerabu maggie dan Alia try Nasi Goreng Ayam Kampung. Aku still makan benda sama bihun celup. :)



10 November 2013

Aktiviti yang tak dirancang lagi. Kali nie kami pergi dekat je, Bukit Cerakah kat seksyen 8 tu aja. Tujuan utama nak mandi kolam. Oleh kerana aku pertama kali masuk sana jadi macam jakun siket sebab sangat cantik dan luas sangat kawasan dia. Kalau jogging aku rasa mungkin ambil masa sampai 1 hari baru sudah. Agak jauh jugak nak menapak ke kolam renang tu. Oleh kerana mereka nie sangat baik sebab nak support aku untuk kuruskan diri sebab tulah ajak aku berjalan lama-lama bakar lemak. Sweet betul korang nieh. Sebelum masuk kawasan kolam sekali lagi aku jatuh sebab jalannya agak licin dan kali nie lutut aku pulak yang lebam. No gain no game rite?








Disebabkan aku nie tak pandai berenang jadi aku hanya mampu melihat mereka berenang dikawasan dalam. Aku hanya mampu mandi kat kawasan airnya paras dada aje. Yang paling best diorang siap ajar aku cara nak menyelam sambil berenang. Best sangat sampai rasa kejap aje masa berlalu. Dan sekarang aku dah dok menggila nak mandi kolam dan excited nak menyelam gaya katak lagi. Lepas nie kalau dah tak ada sapa nak join sanggup aje rasanya aku pergi walaupown sesorang. Sesiapa rasa nak join aku lepas nie pun boleh. Jom sama kita menyelam gaya katak dan bakar kalori untuk kuruskan diri. Aktiviti yang agak sihat hujung minggu daripada pergi memanjat shopping mall aje kan? Panjang lebar buat entri yang telah dikumpul selama 2 minggu lepas. Jom amalkan gaya hidup sihat. :)

Sekian :)

No comments: