Kesinambungan dari cerita nion-nion beberapa minggu lepas. Kali nie aku bukanlah bersama geng nion-nion. Aku bersama seorang kawan yang boleh dikatakan baru tak lah baru sangat aku kenal. Dah hampir 3 tahun kenal nie. Ex-roomate aku yang aku kenal masa mula-mula kenal lepas sambung belajar dulu.
Tak jugak aku sangka yang aku akan berpindah dan tinggal kat Shah Alam nie dan menyewa pulak berdekatan dengan rumah kakak ex roomate aku nih. Semua nie dah ditakdirkan. Kami mula melakukan aktiviti bersama dan salah satunya adalah berenang bersama. HEHEHEHE :D
Semuanya berpunca bila aku kebosanan dihujung minggu dan otak asyik dok menggila nak berenang aje lepas kes nion-nion dulu.Muncul la si CT nie ajak dating sambil meluah perasaannya yang sangat stress tu katanya. Aku nie kan pendengar yang setia so dengar dan berilah sedikit nasihat apa yang patut.Dari pada situlah otak aku mula memproses nak ajak CT berenang. Mulanya nak aje aku rempuh pergi berenang sorang-sorang tapi macam-macam perkara pulak yang terlintas dalam otak aku ni. Maklumlah tempatnya agak jauh ke dalam hutan.
Perkara yang paling best adalah aku telah menjadi guru berenang CT secara tak langsung dan daripada situ jugak aku telah berjaya berenang walaupun belum laju macam perenang yang dah amatur. Bangga seketika sebab dalam dok sibuk mengajar orang aku pulak yang dapat belajar benda baru. HEHEHEHE
Oleh kerana CT dah nak balik ke Johor lepas nie *katanya dah merajuk dengan Shah Alam* maka aku telah pun mengajak dia untuk pergi berenang buat kali terakhirnya lagi weekend nie. Nak dipujuk stay dia dah macam tade hati nak stay sini so aku biarkan dia buat keputusan yang dia rasa terbaik untuk diri dia sendiri. Mudah-mudahan dia akan lebih berjaya selepas ini. :)
Sekian... :)
No comments:
Post a Comment