Monday, November 25, 2013

Save The Date

November... Musim cuti sekolah dah sinonim dengan perkataan musim perkahwinan. Untuk tahun ini aku amat teruja bila tiba bulan November selalu tengok keluarga orang lain aje yang teruja nak dapat ahli baru. Kenapa aku yang terlebih excited nih? Semua ini adalah kerana aku bakal dapat seorang kakak ipar beberapa hari lagi. Maklumlah orang yang tak ada kakak perasaannya memang macam gini. Excited terlebih. hahahaha

Majlis penikahan abang aku akan berlangsung pada 28 November 2013 dan majlis kesyukuran belah perempuan akan diadakan pada keesokan harinya. Majlis kat rumah kami pada 30 November 2013.

Dari segi persiapan aku tak berapa ambil tahu sebab aku kurang masa untuk bersama family aku. Aku hanya mampu bantu emak aku belikan bakul hantaran aje. Punyalah susah aku mencari, maklumlah emak aku nie katergorinya memang sangat cerewet. Kalau orang sibuk nak menggunakan bakul besi dia sibuk nak bakul buloh. Mana lah sekarang nak dapat bakul buloh tu senang-senang. Merata mencari dan buat perbandingan harga akhirnya jumpalah bakul tu kat Nilai. Nie nie termasuk dalam kisah jalan-jalan Melaka.

Selain tu, aku jugak ditugaskan untuk beli Surah Yassin untuk dimasukkan dalam goodies bag untuk tetamu. Segala persiapan dari awal hingga akhir semua emak buat sendiri. Last-last aje mak dapat pembantu iaitu Mak Long dan Adik aku. Aku pulak esok pagi baru dapat bertolak balik ke kampung. Sedih... tak dapat rasa kemeriahan sediakan barang-barang hantaran dan keperluan untuk majlis.

Orang kata kalau kita ikhlas dengan niat kita maka Allah akan permudahkan urusan dan akan perluaskan rezeki. Dan abang aku nie kira sangat beruntung sebab diorang tak keluar banyak duit untuk buat kad jemputan dan juga beli goodies bag. Banyak dapat sponsor dari ahli keluarga yang lain dan juga kawan-kawan. Barang untuk hantaran aje mereka beli sendiri. Alhamdulillah...

Dalam sibuk-sibuk buat persiapan perkahwinan, ada cerita agak menyedihkan. Mentua sepupu aku telah pulang ke rahmatullah pada hari ahad lepas. Al-fatihah kepada arwah.



So, aku mewakili keluarga aku menjemput anda semua untuk hadir memeriahkan majlis kenduri kesyukuran dan mendoakan Hafis & Asyikin di kediaman kami Kg Kuala Semerak(berhampiran dengan jambatan lama) pada 30 November 2013 bersamaan 25 Muharam 1435. Cerita selebihnya akan aku update dalam entry seterusnya. Jemput datang okeh. Barakallah  :)

Sekian.. :)

No comments: