Tuesday, December 03, 2013

Kisah dua hati

Kesinambungan dari entri lepas.. Kali nie aku nak update kisah majlis nikah, majlis sanding dan majlis bertandang pulak. Mulanya aku niat nak buat entri part by part tapi mengingatkan keadaan aku yang kekurangan masa terluang sekarang nie kenalah jugak habiskan dalam satu entri. Mohon ampun andai bosan dengan entri dan belog aku nie okeh :)

Memandangkan ini adalah kenduri pertama dalam keluarga kami maka semua orang sangat sibuk dan tak cukup masa dan kaki tangan. Aku bergerak balik dari Shah Alam pada hari rabu bersama BFF. Memandangkan cuti aku dah pun tahap kritikal habis jadi aku memang tak dapat nak balik awal. Sesampai aje aku kat kampung terus kena jadi driver kepada emak dan mak long untuk mengajak aku mencari barang hiasan yang masih tertinggal kata mereka dan barang-barang untuk memasak. Ikutkan ajalah sebab masa pun suntuk sangat kalau aku nak berlengah-lengah.

Hari kedua berada kat kampung iaitu hari nikah aku masih menjadi driver untuk emak membeli sayuran kat pasar borong. Hujan selebat-lebatnya pada siang hari dan malam nikah tu pun sama. Pada awal perancangan ayah aku, malam akad nikah tu hanya 15 orang aja yang akan ikut, alih-alih sampai 5 buah kereta yang ikut. Dan bermacam dugaan masa nie. Maklumlah waktu malam dan hujan pulak tu, bawak pulak orang yang tak tahu jalan jadi berlakulah sedikit kesesatan sebab terlepas lampu isyarat. Dah memang hampir dengan rumah pengantin perempuan dapat panggilan dari emak sedara aku bagi tahu diorang sesat dan abang aku terpaksa berpatah balik dan cari mereka.

Lepas aje selesai masalah sesat tu, kami terus menuju rumah pengantin perempuan. Yang paling tak boleh nak sangat aku lupa, imam tu memang lawak sangat. Punyalah lama dia dok bagi penerangan kat abang aku pasal kisah rumah tangga. Contohnya panjang berjela dah rasa macam masuk kursus perkahwinan pulak. Adeh... gelak sorang-sorang aku masa tu sebab aku yang paling dekat dengan diorang. Maklumlah, aku jadi juru kamera yang tak bertauliahkan.

Jam 9.45 malam dengan sekali lafaz abang aku dah sah menjadi suami kepada Nurul Ashikin Binti Mohammad. Mas kahwinnya aku tak tahu sebab abang aku tak sebut masa akad tu. Alhamdulillah... dengan bermacam dugaan yang menimpa rupanya Allah sedang menguji abang aku dan Dia juga permudahkan urusan akad mereka. Barakallah


video akad nikah



Agaknya abang aku memang kurang perasaan a.k.a hati batu kot sebab tu lah dia langsung tak rasa nervous katanya. Dalam hati dan diri dia langsung aku dan orang lain tak tahu.. Good job abang :)








Oke dah sampai part batalkan air sembahyang a.k.a sarung cincin. Abang aku memang sangat gila sebab dia main tunjal aje jari isteri (SIL) dia sebab susah nak masuk cincin. Dah sampai merah-merah jari aku tengok dan tak pasal-pasal kena marah dengan emak dan maklong. Orang lain semua senyum-senyum aje konon ada babak romatik lah tu. SIL pun boleh tahan jugak siap main balas-balas perbuatan abang aku tu . Sesuai sangatlah korang dua orang ni kan! Hampeh... SIL dapat sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, abang dapat cincin permata warna kuning.






Ini adalah aksi mengada abang aku sebab dia tak reti nak senyum asyik tersengih macam keran busuk aku tengok. Kena tegur barulah nak senyum dengan betul. Taulah gigi mu cantik menawan




Aku memang sangat suka stalker dioarang berdua nie, macam-macam gambar candid aku snap. Antaranya macam kat bawah nie..







Tamat kisah majlis nikah.
*************************************************************************************************************

Majlis sanding pada keesokan harinya di adakan selepas waktu solat jumaat. Kali nie lagi ramai yang join. Sebanyak 13 buah biji kereta konvoi ke rumah pengantin perempuan. Setiap kali lepas trafik light abang aku berhenti dan aku akan keluar dari kereta dan kira.Maklumlah takut ada yang tertinggal. Aku terpaksa suruh ayah aku bawak kereta belakang sekali sebab takut ada yang tertinggal lagi macam malam nikah tu. Aku dengan abang dan emak dok paling depan. Sekali berhenti punyalah panjang bersusun kereta siap orang lalu lalang boleh berhenti tengok kami. Kereta pada kelajuan 40 km/j aje masa nie.

Hantaran dari pihak lelaki 7 berbalas 9. Dari dulu selalu aje tinggal persoalan dalam kepala aku bila melibatkan barang hantaran nie, kenapa perempuan mesti balas lebih kepada pihak lelaki? hrrmmmm...




Abang aku yang kena transform jadi pendekar seketika dan dihias oleh sepupu dan emak saudara bukan mak andam. hehehe :)


Dari surau yang dia bersiap tu punyalah jauh nak menapak masuk ke dalam dengan hujan lagi. Pengantin perempuan asyik dok menelefon aje sebab punyalah lama menunggu pengantin lelaki. Aku asyik kena marah aje dengan diorang semua sebab jadi juru kamera tapi jalan tepi pengantin. Berkejar aku lari ke depan sebab nak ambik gambar diorang semua nie. Kasut cantik memang tak ada langsung kat kaki, cuma yang sempat aku pakai hanyalah selipar jepun. Nasib bukan berkaki ayam.



Pengantin punyalah excited jalan sampai tinggal habis orang yang bawa barang hantaran. Terharu tengok abang sendiri jadi pengantin.. huhuhu




Adat biasa yang selalu kita tengok bila pengantin lelaki sampai, pengantin perempuan turun sambut. Advance betul mereka berdua ni. Langsung dah tak ada tutup-tutup muka sebelum jumpa. Main terjah aje.. adeeeh






Nampak tak kekakuan abang aku dalam setiap gambar yang diambil. Alahai... nie sebab seronok atau sebab terpaksa pun aku tak tahu abang aku ni. Sengih aje yang dia mampu buat. Mereka tak bersanding sebab abang aku yang tak nak naik pelamin. Jadi ikut adat mereka buatlah sesi mengenal pengantin perempuan.



Paling tak menahan aku nak gelak boleh pulak sorang duk hujung utara sorang duk hujung selatan masa sesi mengenal pengantin. Kena lagi tegur abang aku nie, baru reti nak berganjak duduk sebelah isteri.









Sesi penderaan buat mereka berdua dari aku.. Memandangkan mereka tengah lapar jadi aku pun paksa mereka bergambar dulu sebelum makan. Hiasan bilik sangat cantik tapi sedikit kecewa sebab aku tak dapat nak angle baik punya kerana ruang yang sangat terhad. Jadi bila aku dah rasa sesak nafas tu aku suruhlah diorang pergi makan beradap pulak.









Selesai ambik gambar dalam bilik aku terus turun cari makanan, lapar terus perut aku. Malas dah nak tunggu diorang makan bersuap ke apa. Ramai sangat yang tinggi-tinggi menghalang aku ambil gambar. Makan lagi bagus.
*************************************************************************************************************

Keletihan melanda, aku tak berjaya nak meneruskan lagi entri ini. Untuk entri seterusnya nanti akan aku update lagi kisah majlis bertandang. Mohon ampun andai bosan dengan entri ini dan belog aku nie. :)

Sekian...

No comments: