Friday, December 13, 2013

back to DECEMBER

Wah.. sekejap aja rasa masa berlalu. Dah sampai ke bulan yang paling hujung dalam setiap tahun DECEMBER. Semuanya berlalu dengan sangat pantas dan berpusing-pusing kepada benda yang sama. Semenjak dua menjak ni, aku sering rasa malas. Malas nak tidur, malas nak buat aktiviti dan bermacam malas lagilah. Kalau nak list satu persatu mau menangis orang nak membaca. hehehe.

Mungkin tempias dari kes nikah kawen dan majlis abang aku beberapa minggu lepas tu. Belum sempat lagi nak berehat serehat-rehatnya sekarang. Memandangkan aku terlampau rasa masa aku banyak sangat malam nie, dan aku mulalah nak menaip-naip kat sini.

Nak share, kisah bulan 12 nie. Bulan yang sangat tough untuk aku. Tersangat pack dan terlampau cepat berlalu masa. Aku dah kurangkan bercakap sekarang sampai boss admin pon dah mula menegur yang aku dah jarang bercakap dengan dia. Aku dalam proses mematangkan diri dan memperbetulkan diri supaya aku tak ulang kesilapan yang sama dalam kerja dan hidup aku. Dalam proses nak meneutralkan segala perasaan dan kestabilan diri dalam situasi baru sekarang nie. Cuba nak keluar dari kepompong diri sendiri. Alamak terpanjang pulak penerangan. Senang kata aku cuba yang terbaik untuk buat orang rasa selesa bila ada aku disekeliling mereka-mereka.

Sekian :)


No comments: