Saturday, December 07, 2013

Part II

Masih bercerita tentang kisah nikah kawen abang aku yang belum kesudahan. Masih tertinggal 1 part lagi iaitu majlis bertandang. Majlis yang agak serdahana dan sangat simple ini telah berlangsung pada 30 November 2013.

Majlis bertandang di kediaman kami bertemakan warna biru turquoise asalnya dah jadi warna biru gelap. Oleh kerana kesibukan aku sendiri pun tak sempat nak snap gambar mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Pagi tu aku ditugaskan untuk *macam kes volunteer aje* pergi ambik abang aku bawak balik rumah lepas tu sibuk mengiron baju pengantin. Orang semua dah siap pakai cantik-cantik aku masih lagi tak bersiap bila dah kena tegur dengan ayah barulah nak bersiap dengan pantas. Aku hanya tukang ambik gambar je buat apa nak vouge-vouge sangatkan? Yang paling sedih gambar sendiri tak ada pun. Pakai baju lawa-lawa pun langsung tak masuk gambar. Majlis makan-makan start pukul 12 sampai pukul 6 petang tapi sampai ke malam pun ada jugak orang datang lagi.





Sudah semestinya emak dan ayah paling sibuk melayan tetamu manakala adik dan sepupu aku nie sibuk agihkan door gift untuk tetamu. Aku kurang pasti berapa jemputan emak aku dah ajak sampai goodie bag yang tersedia tak cukup. Siapa yang sampai lewat tu memang nasiblah hanya dapat gula-gula aje.




Ini adalah tetamu yang agak istimewa sebab mereka adalah ahli keluarga jauh belah emak aku dan yang paling best mereka sanggup tunggu sampai majlis berakhir. Betapa kami sekeluarga menghargai masayang mereka luangkan. :)





Sekitar jam 3 lebih pihak pengantin perempuan sampai, abang aku pun kali nie bersiap secara sendiri. Samping pun pakai sendiri dah tak perlu dah kami sibuk-sibuk nak cakap apa. Maklumlah dah jadi suami orang so kenalah belajar berdikari pulak. Dalam dok menunggu pengantin perempuan keluar kereta, sempat lagi aku snap beberapa gambar diorang nie. Seperti biasa, aku lebih suka buat picture candid jadi macam nie lah hasilnya.








Dalam kalut duk menunggu sempat mak long buat beras kunyit buat tabur untuk sambut pengantin perempuan. Bermacam aksi pun ada. Pasangan pengantin nie punyalah laju berjalan sampai aku kena berlari nak ambik gambar mereka nie. Adeh... letih tau!














Kesibukan emak-emak di dapur bagi menyiapkan bekas untuk balas mangkuk tingkat yang pihak perempuan bagi semalam tu. ramai jugak ahli keluarga SIL aku nie datang. Yang perempuan aje dah penuh satu rumah. Yang lelaki terus ke khemah makan sebab dah tak muat nak naik rumah.




Sempat jugak menyelit sekeping gambar dengan BFF aku nie. Nampak tak baju kami, sama sepesen aje. Ini pun setelah keadaan agak reda dan terkawal baru aku mampu minta orang ambilkan gambar nie. Terlalu letih masa nie. Aku jugak tak berkesempatan nak melayan BFF dan emak dia dengan terbaik.




Aktiviti makan suap dan aktiviti petang hari bersama pengantin. Aku telah pun berjaya buat abang dan SIL untuk berjalan dan buat sesi fotografi yang tak bertauliah sedikit. Nak ajak diorang pergi pantai tapi keadaan angin sangat kuat jadi, aku decide ambek gambar area sungai tu pun oke. Belum ada lagi aku tengok ada orang buat shoot kahwin dekat situ. Maklumlah aku nie suka sesuatu yang lain dari pada yang lain.


























Oleh kerana aku nie bukanlah berpengalaman dalam bidang photografi maka aku pun tak tahu nak ambik gambar dari angle mana dan jugak nak buat pose ape. Maka aku biarkan diorang buat aksi sendiri dan aku snap aje. Otak pun tak mampu nak berfikir sangat sebab abang aku nie jenis manusia yang bukan kategori romantik. Kaku macam pokok. Kalau tak tadelah semua gambar dia sengeh aje. hehehe :)







Sesi membuka hadiah diwaktu malam hari. Agak meriah la jugak walaupun hadiahnya tak la banyak sangat. Oleh kerana ahli keluarga aku ini orang yang jenis loyar buruk semuanya maka bermacam adegan yang mereka reka dan gelakkan.


Belum sempat majlis abang aku berakhir muncul pulak satu lagi jemputan majlis undangan perkahwinan bapak sepupu aku yang akan berlangsung pada hari raya cina nanti. Dah mula kena merancang nak balik hari apa dan berapa lama. Oleh kerana aku mungkin akan balik sendirian kali ini, jadi perancangan awal adalah penting.


Agak bernasib baik sebab sepanjang majlis ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut hanya ada satu soalan cepucemas yang aku dengar dari OpahNik. Jadi aku hanya mampu senyum dan diam sebab malas nak bagi apa-apa alasan. hehehe.. :)

Maka berakhirlah kisah majlis perkahwinan abang aku dan pasangan dia. Aku doakan kepada anda yang bakal mendirikan rumah tangga suatu hari nanti, semoga berbahagia sehingga ke Jannah. Bimbinglah keluarga anda ke arah yang diredhai olehNya. Aku juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai selama majlis ini berlangsung ada mengguriskan hati sesiapa samada dengan sedar atau tanpa sedar. Kerana yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari aku.

Barakallah

Sekian... :)

No comments: