Thursday, December 19, 2013

Dentistry

Lately agak sibuk untuk menjengah ke sini. Sibuk dengan dunia dan kerja. Sibuk jugak untuk mensetup nion-nion bersama ex schoolmate. hehehe. Ape de hal sekarang semuanya dihujung jari, whatsapp groupkan ada. Perbincangan kerja ke, nion-nion ke, hal lain yang berkaitan jugak semuanya dah mudah. Tinggal nak ada smartphone ngn internet aje. :D

Stop merepek! Oleh kerana masih segar dalam ingatan maka aku nak tulis kat sini untuk tatapan sendiri suatu hari nanti. Kali nie aku nak menceritakan detik cemas aku nak mencabut gigi yang berlubang yang memang sangat dah lama aku simpan. Rasanya dah hampir 10 tahun kot aku tak jumpa DENTIS nie. Pengalaman terakhir buat aku ngeri dan fobia sampailah Allah bukakan kembali hati aku untuk buat check-up gigi minggu lepas. Sebelum kesakitan melanda, lebih baik aku rasa kesakitan mencabut gigi yang hanya dua tiga hari tu aja. Klinik pilihan aku adalah klinik pergigian UITM Shah Alam.

Kenapa kat sini tanya kawan aku. Jawapan senang dari aku, sebab murah. mihmihmih. Sebenarnya sebab aku tak nak bazirkan duit semata-mata nak cabut sebatang gigi ke klinik pergigian swasta. Memang sangat senang dan boleh claim duit balik nanti. Tapi, adakah mereka buat secara details? So, aku pilih UITM Shah Alam sebab dekat dengan rumah dan senang nak pergi.

Hari nie, merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke UITM. Bukan sebagai pelajar, tapi sebagai pesakit. Memang sakit kot proses nak cabut gigi tu. EEEEE... hampir 2 jam aku kena nganga mulut menahan sakit dan cuba rilekskan diri. Dan akhirnya tercabut jugak gigi aku nie. Adeh, mungkin ini balasan untuk aku sebab banyak sangat dosa dengan orang sekeliling sebab tulah susah aje gigi nak dikeluarkan dari gusi tadi.

Sebelum masuk bilik pergigian, aku memang sangat nervous. Seyes aku fobia, tapi tahan aje sebab aku kena belajar beranikan diri dalam apa jua keadaan. Nasib aku dapat pelatih yang sangat comel dan lemah lembut. Aku nampak macam dia pulak yang takut nak cabut gigi aku. huhuhu

Benda yang paling aku takut adalah jarum. Seingat aku last time masa cabut gigi 9 tahun lepas, terasa sakit sangat cucukan jarum bius tu kena pada gusi aku. Tapi kali nie rasa macam kena gigit semut aje. Oleh kerana aku sangat takut pada jarum, Jiha (pelatih dentis) minta assistant dia ambilkan ubat bius yang krim untuk disapukan pada gusi  supaya aku tak rasa sakit bila jarum bius dicucuk ke dalam gusi aku. Punyalah dia kesian kat aku sampai sanggup tunggu aku bersedia kena cucuk. Alahai sweet sangat... :)

Bermacam bahasa dentist yang aku dengar dan aku memang tak paham langsung. Tapi buat cool aje sebab nak hilangkan nervous. Sebelum edisi bius,cabut tu, gigi kena check dua kali oke. 1st oleh pelatih dan second oleh pensyarah diorang. Aku redha ajelah sebab aku punya gigi memang dah tahap teruk sangat dah. Aku request dengan Jiha untuk bawa balik gigi yang kena cabut tu. Nak buat fosil! hehehe. :D

Bermacam alatan yang digunakan untuk cungkil gigi keluar sebab gigi tu dah tahap kritikal sangat. Tak boleh nak crepe sebab asyik pecah. Bagi aku nampak macam sama aje semua, tapi hakikatnya bagi mereka semuanya berlainan. Alatan yang nampak sama tapi bila angle berlainan mereka akan tukar alatan lagi. So pengalaman nie memang sangat best sebenarnya. hehehehehe

Aku siap dipakaikan cermin mata hitam *actually, safety glasses* sebab diorang tak nak bagi mata aku silau menahan panahan lampu yang diorang suluhkan ke dalam mulut tu. Satu lagi siap dipakaikan napkin, bertujuan nak menghindarkan kotoran terkena pada pakaian.

Dah selesai cabut gigi diorang bagi nasihat jangan makan makanan panas, berkumur tak boleh kerap, tak boleh main gusi dengan lidah, gosok gigi area gigi cabut tu dengan cara perlahan. Banyak lagi tadi, tapi aku dah lupa. Ha... satu lagi kesan bius tu akan habis dalam masa dua jam. Diorang bekalkan aku dengan paracetamol oleh kerana aku alahan pada ponstant.

Next appointment? hehehehe... tunggu pelatih tu call lagi. Sebab masih ada gigi yang kena cabut dan juga kena buat rawatan sedikit pada gigi-gigi lain supaya ianya cantik berseri. Jangan sangka gigi yang tersusun rapi tiada masalahnya. So, jagalah gigi anda sebelum melarat macam kes aku nie. Next time aku akan cuba usahakan ambil gambar bersama dentist aku dan gambar detik cemas nak mencabut gigi sebatang lagi. huhuhuhu.. belum umo 30 gigi dah banyak hilang. Oh NOOOOOO! :D

Hari ini merupakan hari lahir untuk salah seorang kawan lama aku. Dah lama lost contact tapi memandangkan aku masih ingat tarikh lahir dia jadi aku nak wish la sedikit. Selamat maju jaya dalam hidup dan kerjaya. Semoga bahagia sentiasa dengan orang-orang yang kamu sayang. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki sentiasa oke :)

Sekian... :)


No comments: