Friday, December 20, 2013

CampakBalik~~

Sudah beberapa tahun menamatkan pelajaran dalam bidang Diploma Programming. Tetiba terasa rindu nak buat entri lagi tentang kisah zaman belajar bersama rakan-rakan seperjuangan yang bermati-matian berusaha untuk luluskan diri dalam FYP. Subjek yang paling digeruni oleh semua pelajar tahun akhir. Sanggup habiskan masa senggang dengan menelaah cari error dalam setiap baris bahasa pegaturcaraan PHP.

Bagi aku, masa untuk disiakan bila dah berada pada tahap akhir memang sangat berharga dan sangat cepat berlalu. So, kami berusaha keras untuk mencapai target kami. Bukan A++ yang kami mahukan cuma sekadar lulus sudah memadai. Dan Alhamdulillah, daripada usaha yang kami lakukan semuanya berbaloi-baloi walaupown kami tak tidur dengan sempurna dalam masa 6 bulan. 3 bulan terakhir dimana projek dah sampai ke tahap 75% aku dah mula tidur 2 jam sehari. Bila dah nak sampai 100% direct 1 minggu aku tak tidur. Emosi tak payah cakap la masa tu. Sapa yang tegur aku habis kena bantai. Otak dah kurang rehat dan kurang pulak oksigennya, jadilah emosi tak stabil.

Oke, jom kita masuk ke dalam isu persahatan dengan partner FYP aku. Noriza Che Omar atau lebih famous lagi mereka semua panggil Kak Iza. Dia seorang yang sangat peramah dan sangat friendly. Kelakar pun iya juga. Selalu bila dalam kelas kami akan duduk bersebelahan dan kami akan mula mengacau antara satu sama lain apabila kami dah mula mengantuk atau tak faham dengan apa yang di ajar oleh pensyarah. Sampai ada satu Lecturer English dah memang tak boleh buat apa dengan kami berdua. Kena redha aje sebab dah memang kami semua happening sampai pening.

Oke, kisah benar nie eh.. kami sebenarnya mempunyai 8 orang geng yang kami kenal pada hari pertama daftarkan diri sebagai pelajar intergrasi IT kat PTSS. Semuanya girls dan kami semua macam punya bonding yang kuat untuk membuatkan kami jadi satu kepala. Yang agak best 6 daripada 8 orang tu duduk satu bangunan yang sama dan sama level. 2 orang lagi tu tercampak ke bangunan lain. Setiap pagi nak ke kelas, semua akan tunggu masing-masing bersiap baru gerak sama-sama. Waktu tu kami sangatlah digeruni oleh budak kelas kami sebab kami selalu aje akan backup salah seorang kawan kami kalau ada yang dibuli. Sampaikan ada lecturer gelarkan kami samseng sebab setiap kali group kami present tak ada group lain berani nak tanya soalan. Budak kelas gelar kami The GG's (garang giler). Yang nie aku tak tau sebab apa.. hehehehe

Belum habis satu semester kami dari 8 berpecah sudah jadi 3/5. Mungkin ada yang tak berpuas hati antara satu sama lainlah kot. Sebab tulah bawak haluan sendiri. Maka tinggal lah kami berempat. Menghabiskan satu semester.

Masuk semester kedua, kami masih kekal bertiga. Segalanya kami lakukan bertiga.. Dan sehinggalah salah seorang dari bertiga tu punyai kekasih hati. Dia mula meninggalkan kami berdua dan selalu melepakkan diri dengan BF dia je. Jadi kami decide untuk berdua. Aku dan Kak Iza sahaja.

Untuk semester pertama, agak perit bagi aku nak hadapi. Bermacam dugaan aku terima. Salah satunya adalah aku dipulaukan oleh mereka berlima dan juga roomate aku. Sangat sedih dan kecewa bila orang yang aku anggap kawan sanggup buat cerita kurang enak tentang hidup aku dibelakang aku. Dan antara mereka cuma Kak Iza dan Lin masih bersama aku masa tu. Kak Iza, salah satu penyumbang untuk aku terus bersemangat untuk belajar dan berjaya. Oke, lupakan kisah sedih.

Selama setahun kami jadi partner untuk FYP dan bermacam perangai kami jadi. Last semester aku dah mula jadi manusia yang serius dengan hidup dan masa depan. Aku dan Kak Iza mula merangka plan untuk FYP dan selalu habiskan masa bersama untuk jumpa lecturer. Maklumlah kami nie bukanlah pandai sangat dalam bab programming. Cuma hanya jadi beginner sahaja.

Siang malam kami bekerjasama untuk menyiapkan projek kami. Kak Iza ditugaskan untuk buat design dan documentation. Aku sepenuhnya buat programming. Setiap kali nak tidur aje otak aku mencurah-curah keluarkan idea sampai aku terpaksa batalkan niat untuk tidur. Bagi aku masa tu, tak apa.. berkorban demi masa depan yang cerah.

Dalam melayari hidup sebagai FYP partner, aku sering kali buat Kak Iza sakit hati dengan kata-kata aku tanpa sedar atau sedar. Aku terlalu beremosi dengan perkara yang berlaku sekeliling aku. Dia sering maafkan perbuatan aku dan still lagi percayakan aku. Sungguh memang baik dan mulia hati Kak Iza. Sebab tu aku cuba ubah diri aku untuk jadi manusia sesabar dia. Dia sanggup bersabar walaupown kena marah dengan aku. Sanggup tunggu aku siapkan kerja walaupown kami tak tidur malam untuk betulkan error. Sungguh aku kejam sebab buat hati dia terguris dengan kata-kata aku. :((

Dan hari ini, aku sedar dia memang seorang sahabat yang sejati.. Sebab dia masih ingat setiap memori kami bersama dan juga memori kami bertukar hadiah pada hari terakhir kami bersama. Sungguh aku terharu dan sangat berterima kasih sebab aku dipertemukan dengan orang sebaik kak Iza. Mudah-mudahan persahabatan ini akan kekal hingga akhir hayat kami. Dan mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan Kak Iza. Amin :)


Kenangan hari terakhir kami berdua sebagai pelajar programming. Masih ingat dengan kancil oren dia tu. Yang selalu jadi perhatian para warden. Masih ingat jugak kami berlari sampai tak cukup tanah sebab kami balik lambat. Lepas masuk kat tempat gourd sebab abang ipar kak Iza yang hantar kami masuk. Nampak aje gourd kat hostel perempuan start motor terus kami lari macam lipas kudung tanpa toleh belakang. Cari nahas kalau kena tangkap. Tak pasal-pasal kena gantung dari ambik exam. huhuhu. Pengalaman yang sangat best diwaktu belajar. Mudah-mudahan, bila aku dapat peluang sambung belajar nanti akan jumpa lagi dengan sahabat yang macam Kak Iza nie. Sweet dan kelakar. :)

Sekian...

No comments: