Listing YEAR 2013
1. Berubah Kepada yang Lebih Baik
Dalam hal nie aku tak pasti langsung apa yang berubah dalam diri aku nie. Rasanya masih sama seperti sedia kala. Cuma perubahan fizikal aje yang ada. Berat badan makin menaik tiada tanda menurun. HUHUHU
2. Bekerjaya
Dalam hal bekerja pula, alhamdulillah... rezeki dari Allah. Dia datangkan rezeki untuk bekerja dalam bidang sendiri disaat aku betul-betul memerlukan. Hadiah hari lahir aku yang sangat berharga dari yang lain untuk tahun lepas. Syukur dapat menjelajah hampir ke seluruh Malaysia dengan kerja nie sekarang.... mihmihmih... untungkan lahir hujung tahun nie. hehehehe :D
3. Melancong
Dalam bab melancong pula, aku telah memilih untuk bercuti ke MELAKA tahun nie. Aku pun tak pasti kenapa Melaka. Semuanya bermula dengan rasa nak keluar dari Selangor @ KL maka terjadilah percutian singkat yang dirancang bersama BFF.
4. Berkereta
Alhamdulillah...disebalik banyak kejadian dan dugaan yang aku harungi, akhirnya loan untuk beli kereta aku lulus juga. Walupown hanya mampu membeli kereta buatan Malaysia aku bersyukur sangat sebab dah tertunai impian untuk berkereta sendiri. Hadiah hari lahir untuk diri sendiri yang terawal 2 bulan. D yang special :D
5. Bertunang
Aku merancang dan Allah pun merancang dan perancangan Dia lagi baik dari aku sebab Dia merancang dengan CINTA aku ni manusia merancang penuh dengan CITA-CITA. Sesungguhnya perancangan dari Dia adalah yang terbaik. Deabak :)5. Bertunang
Bersyukur sangat dengan segala yang aku capai untuk tahun nie dan insha-Allah akan lebih berusaha untuk jadi yang lebih baik untuk hari-hari seterusnya. Kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan buruk itu datangnya dari diri aku sendiri.
Hadiah yang paling bermakna untuk aku tahun ini adalah bila aku mampu membuat emak dan ayah tersenyum gembira dan sentiasa menjadi tulang belakang disaat aku jatuh dan bangun. Yang sentiasa awesome dan sporting. hehehe.. Love them MUCH.. :)
Happy sweet 25 bitrhday to me... hehehe. Request kek pelangi nie dari BFF aku. Thanks All :)
Happy sweet 25 bitrhday to me... hehehe. Request kek pelangi nie dari BFF aku. Thanks All :)
Sekian... :)
No comments:
Post a Comment