Sunday, December 29, 2013

Happy sweet 25 (^^,)

Happy weekend all, syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan kehidupan. Jumaat lepas, akhirnya secara rasmi cukup umur aku mengikut mana-mana sistem yang di ganerate oleh komputer kepada 25 tahun. Alhamdulillah... Hidup terasa amat indah kerana telah 25 tahun hidup di bumi Allah. Diberi segala kelengkapan yang cukup untuk teruskan hidup dan mula berbakti kepada kedua orang Emak dan Ayah serta kawan-kawan dan orang yang aku kenali secara bersemuka atau tidak.

25 tahun, satu tempoh yang agak lama untuk buat diri aku jadi macam sekarang. Dalam kelam dan gelap cuba untuk cari jalan yang penuh dengan sinar dan cahaya juga keredhaan dari Dia. Pelbagai ujian yang diturunkan supaya diri ini lebih matang dan sabar dalam menghadapi kehidupan. Terkadang kandas juga sebab hilang kawalan dalam diri dan sifat memberontak yang masih bersisa dalam hati. Bukan niat untuk memuji diri sendiri dalam hal ini.

Kenapa seriuos? kerana aku cuba menghayati segala perkara yang telah terjadi dalam hidup aku beberapa tahun kebelakangan ini. Syukur disebalik hilangnya matahari aku jumpa pelangi yang mampu buat aku tersenyum dan terus hidup dalam keadaan bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kuatnya hati bukan kerana tidak menangis tapi kerana peritnya pengalaman yang dilalui.

Perkara pertama selepas bangun tidur pada hari kejadian aku pasang niat dalam hati, aku tak mahu ada sedikit pun perasaan marah untuk hari tersebut pada sesiapa dan aku nak senyum sepanjang hari selagi aku termampu. Aku niat berpakaian cantik-cantik supaya aku lebih selesa dan yakin untuk teruskan niat aku. Walaupown bukan pakaian baru, aku masih suka pakai dress tu sebab ianya hasil dari rekaan Emak kecintaan aku.

Malam kejadian, aku tidur awal sebab aku mengantuk sangat dan tersedar sekitar jam 2.30 pagi sebab dah terlampau banyak tidur. Lepas wish birthday untuk diri sendiri aku paksa mata untuk tidur sebab paginya aku nak bekerja dan tak nak mood aku jadi kacau. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang aku niatkan. :)

Ucapan hari lahir pertama yang aku dapat tentulah dari BFF aku yang sentiasa ingat tarikh yang penting dalam hidup aku nie dan diikuti oleh kawan-kawan sekolah menengah dahulu sebab dia pergi warwarkan dekat whatsapp group. Tak seperti aku ni yang sentiasa lupa dengan tarikh lahir dia. Sobsss... sobsss... Maafkan aku sahabat. :((


Sengaja besarkan gambar kali ni sebab sangat-sangat hargai setiap pengorbanan dia untuk aku. Yang sangat-sangat memahami dan difahami oleh aku. Yang paling aku sayang selain emak dan ayah. Semoga Allah panjangkan jodoh kita untuk terus bersahabat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Love u always BFF :)



Untuk tahun ini, buat pertama kalinya aku mendapat surprise dari pejabat. Mereka pandai berkomplot untuk raikan hari lahir aku. Mereka tau aku suka cokelat.. kek cokelat yang aku dapat. hehehe Thanks untuk memori indah ini. Aku tulis disini sebab aku takut suatu hari nanti aku terlupa cara korang raikan hari lahir aku. Terima kasih semua.. Tujuan nak buat surprise dari luar tak berjaya sebab aku yang keluar dulu. Akhirnya surprise dari dalam bilik store. Thank all awesome colleague. :)



Mungkin timbul persoalan dalam diri semua kata sayang dan cintakan emak dan ayah, tapi mana bukti sebab asyik tulis pasal kawan sahaja. Aku punyalah tahan perasaan dari menelefon emak awal-awal pagi sebab nak ucap terima kasih kerana telah lahirkan dan besarkan aku. Kalau ikutkan hati buka aje mata nak aku telefon emak tapi aku sabarkan diri sebab aku nak bercakap lama dengan emak aku pada malamnya. Bukan aku mengenepikan mereka tapi aku nak berfeeling-feeling jiwang dengan emak dan ayah. Ucapan terima kasih untuk emak dan ayah yang tidak terhingga kerana telah melahirkan dan membesarkan aku walaupun bukan dalam keadaan yang mewah aku tetap bersyukur kerana mereka adalah emak dan ayah yang terbaik untuk aku. Yang sentiasa mendorong dan memahami dan sentiasa memaafkan segala kesilapan aku. Yang sentiasa sanggup melayani kerenah nakal aku. Yang juga merupakan tulang belakang aku untuk terus menggapai kejayaan demi membalas jasa mereka berdua. Terima kasih emak dan ayah yang paling awesome :)


Buat pertama kali dalam hidup aku, sambut hari lahir untuk dua kali. Untuk kali kedua, memori sangat indah sebab aku bersama ex roomate PTSS dulu. Tak sangka Allah panjangkan jodoh kami untuk berkawan sehingga ke hari ini. Ditakdirkan pula kami tinggal berhampiran dan sering berhubung dan juga melakukan aktiviti bersama akhir-akhir ini. Mudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita untuk terus berkawan dan bersahabat selamanya. Terima kasih untuk memori ini awak :)



Terima kasih Allah kerana telah hadirkan kawan-kawan yang menyayangi aku seadanya diri aku. Yang mampu terima baik buruk diri aku dan yang sentiasa jadi pendengar setia kepada kisah-kisah mengarut dalam hidup aku. Aku sayangkan korang semua kerana Allah dan mudah-mudahan panjang jodoh kita semua untuk terus bersama dalam susah dan senang. Kerana aku senang sangat berkawan dengan korang semua. :)







Kadang-kadang ujian itu datang bukan pada waktu yang kita rasa tepat, tapi itulah hakikat yang harus kita harungi sebagai hambaNya. Semakin kita berusaha untuk dekatkan diri dengan Dia, semakin banyak ujian yang akan kita terima kerana tak akan didatang sesuatu ujian atau dugaan kepada hamba Allah melainkan ianya sesuai dengan diri mereka. Allah hilangkan matahari dalam hidup kita dan kita pun puas mencari dimana matahari itu, rupa-rupanya dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Aku tanam niat dalam hati, kalau aku tak mampu jadi matahari yang boleh menyinari hidup orang sekeliling aku dan juga pelangi yang indah yang mampu menyejukkan hati mereka, aku berusaha untuk jadi orang yang tidak lagi menyusahkan hidup orang lain. Terima kasih atas semua pengalaman ini kawan-kawan. Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik. :) dengan lafaz bismillah kini I am officially sweet 25 (^^,) ihikkk. Pengalaman mampu buat kita jadi lebih matang.

Sekian

No comments: