Sunday, January 19, 2014

Teambuilding day 2

Oke, kembali kepada sambungan kisah teambuilding minggu lepas. Sebelum terlupa apa yang ada dalam kepala aku nie baik cepat-cepat taip. Kalau dah lupa jenuh nak ingat.. Kadang-kadang sampai kesudah tak ingat. huhuhu.... Oleh kerana terlalu banyak gambar maka aku terpaksa buat balik entry dengan memasukkan video untuk gambar-gambar yang ada. Harap sabar membaca entry yang sama

Hari kedua berada di Suria Hill Country House memang mencabar. Dipaksa bangun seawal jam 6 pagi *macam hari lain bangun lewat*. Bayangkan dalam keadaan kami semua kena tidur lewat dan bangun awal untuk buat senaman pagi. 6.45 a.m aku dan roomate dah terpacak di lobby dan masih tiada siapa yang turun. Hanya receptionist aje yang muncul. Sambil mengantuk, sambil tahan lapar pagi-pagi menunggu semua orang turun untuk bersenam, layan aje lagu yang dipasang oleh trainer kami tu. Sesudah semua berkumpul aktiviti stretching pun bermula. Orang kata sebelum memulakan apa-apa aktiviti haruslah mula dengan regangan otot-otot dan sendi barulah tak ada kes injured. hehehe :D



Aktiviti paling famous minggu ini adala chicken dance. Setiap masa kena menari lagu ayam nie. Buat ajelah walaupon kena paksa. kikikiki... Aktiviti yang biasa dilakukan selepas bersenam.. tarik nafas, dan hembus.... hehehe. Udara segar tak rasa langsung sesak nafas bila hirup udara kat sana. Nyaman yang dirasakan.. :)




Sambil berjalan sekitar kawasan kampung berhampiran, banyak pokok durian yang tengah berbuah. Semua mata memandang pokok durian aje. Mungkin kerana semua orang suka makan durian... hrmmm... :)

Aktiviti kelas bermula sekitar jam 8.30 a.m sebab semua lepas sarapan baru nak mandi. Aku mandi awal-awal lagi sebab tak nak berkejar-kejar lepas sarapan. Naik bilik tukar baju ajelah. hehehe.... Permulaan kelas dengan nyanyian lagu tema SPH. Orang sibuk nak menyanyi aku masih sibuk membelek talifon. Apa ke pentingnya talipon tu pun aku tak tau sampai setiap masa nak membeleknya! haissssh.


Aktiviti pertama untuk hari kedua adalah membincangkan masalah yang dihadapi oleh semua orang. Bertujuan untuk selesaikan masalah yang ada. Kalau dalam sesuatu company tu dah bermasalah bagaimana pula bila nak berhadapan dengan suasana luarkan? Ini bukan merujuk kepada kami yang bermasalah cuma bercerita secara general.



Aktiviti melakar, melukis dan mewarna bendera pasukan masing-masing. Group aku memilih nama ROAR United dan pihak lawan memilih nama Super Sting. Oleh kerana mereka menang dalam kategori bendera tercantik, maka aku pamerkan bendera mereka disini. hihihihi. Oleh kerana takut idea diciplak kami telah memilih untuk berada diluar mengambil udara segarlah konon dapat ilham yang lebih. hehehe. Semuanya bagus dalam bab bekerjasama cuma aku nie je la yang sibuk mengambil gambar sepanjang masa. :) Aktiviti mewarna bendera dengan gigih. Walaupun masa terhad dan masa minum pagi dah sampai mereka masih gigih dalam mewarna bendera ini. Salute kepada mereka semua. Ahli kumpulan aku ni tau! aku nie ahli lelap aje. Tak proaktif langsung. :(


Menunggu untuk aktiviti seterusnya. Masing-masing muka excited!



Mencipta sesuatu berdasarkan SOP yang ditulis. Perlu reka apa jua bentuk yang boleh dengan block yang disediakan pastu kena buat documentation. Haishhh... Senang macam kacang je nie. :) Bina bangunan guna block. Mainan masa kecik-kecik dulu nie.. huhuhu






Bagi aku, apa yang boleh diabadikan sebagai kenangan adalah gambar. Kerana dari gambar itu kita dapat melihat kembali kenangan bersama dengan mereka-mereka yang disayangi. Bersyukur kerana dapat team yang hebat begini.



Aktiviti luar bermula.. Bermain dengan kotak beracun. Memang sangat mencabar minda dan kesabaran diri sebab kena bagi arahan supaya tiada siapa pun lepas dari bulatan. Apa yang penting, KERJASAMA! itulah yang boleh diluahkan dengan kata-kata bagi video kat atas nie.



aktiviti luar lagi, kena gulingkan telur dari atas bukit ke bawah dan yang penting telur tak boleh pecah. Bermacam idea yang timbul tapi oleh kerana kami nak protect telur tu supaya tak pecah jadi kami balut dulu dengan masking tape pastu bungkus dengan tisu baru cantum dan hasilnya seperti di atas.. huhuhuhu


So, the game begin.... :)


Aktiviti luar terakhir kami iaitu the explorace. Bertuah sebab dapat team mate semua lelaki dan hanya aku seorang perempuan!. hehehe part yang kena masuk dalam air nie yang paling aku suka, sebab... air tu sejuk. hehe. Kami nie agak pelik sedikit sebab group lain semua berbincang sebelum kena masuk dalam air, kami dalam air baru mula berbincang untuk selesaikan teka teki yang ada. Haisshhhh... Teruk betul! Dah la jadi group yang paling last.. hehehe :D




Oke, task terakhir untuk game ini. Kena naik buaian nie dan nyanyi lagu buai laju-laju. Tiada pilihan lain jadi aku kenalah jadi puteri dan berlakon ala-ala sopan dan ayu gitu. Dan kena rakam video selama 2 minit kalau tak silap akulah. Yang merakam pihak urus setia jadi video tak ada dengan aku. Kalau tak boleh tunjuk macam mana aku dari sopan begini bertukar menjadi ganas.. hahaha.. :D


Ini adalah puteri-puteri yang diselamatkan oleh ahli kumpulan. Betapa overnya aku! ahahha





Di waktu malam di adakan aktiviti MEMO ME dan karaoke secara berkumpulan dan solo. Gambar kat bawah nie menunjukkan aku kena buat apa yang aku memo kat orang lain. Dan aku gagal buat sebab permintaan aku terlampau kasar. hehehehe.. Maaf boss! :)


Dengan ini berakhirlah sedikit sebanyak kisah aku dan ahli STE selama 2 hari di sana. Aktiviti malam habis sekitar jam 1.30 a.m dan masih boleh disambungkan bagi mereka yang nak berkaraoke. Bagi aku pulak, tidur lagi bagus dari melalak. Maka aku dan roomate masuk bilik sesudah majlis bersurai. Kalau ikutkan hati nak tunggu sehingga semua masuk bilik, tapi oleh kerana aku nak memandu esok hari jadi, aku tahankan aje niat karoke aku tu. Masih tertinggal 1 lagi entri berkaitan teambuilding. Nanti aku update lagi ya.. Bila aku betul-betul free. Barulah gambar semua tersusun cantik. Maaf sebab gambar bersepah oke.. :)

Sekian.. :)

No comments: