Tuesday, January 14, 2014

Teambulding Day 1

Salam Maulidur Rasul, kembalinya lagi aku untuk menaip entry BOSAN untuk bacaan korang. Oleh kerana semenjak dua menjak ini aku agak sibuk dengan aktiviti kerja dan aktiviti menjadi "ular sawa" atas katil sendiri maka aku abaikan aje belog nie sebab aku tade idea nak menaip. Terlalu banyak moment yang aku nak share tapi semuanya hilang bila aku mula nak menaip. Acane tu? Oke, tak nak olah panjang kisah kebosanan aku ni nak buat ulasan sedikit aje bekenaan kerja dan aktiviti teambuilding.

7 January lalu dengan bangganya aku nyatakan yang aku telah setahun bersama dengan kerja aku sekarang. Alhamdulillah, semuanya dari mula bekerja hingga sekarang nie masih diberi kesihatan dan kekuatan yang baik untuk pikul tanggunjawab yang diberi. Setelah setahun bersama dengan mereka, dari awal kami semua dikenali dengan MIS department sekarang dah jadi STE semuanya sangat bekerjasama dalam melakukan kerja. Masing-masing saling memerlukan dan kalau salah seorang tade rasa macam dah kurang satu ahli dalam keluarga kecil ofis kami. 

Beberapa hari yang lepas kami semua telah menghadiri satu course yang dipanggil sebagai team building. Seramai 14 orang peserta dan kami ada ahli baru yang mana kami dah lama kenal tapi belum pernah bermesra-mesra semada berada di ofis sebab kami bukan duduk satu bilik dengan dia dan dia adalah penjaga account kami semua. Sebenarnya dia oke tau! :)

Bermula dari kami berkumpul di ofis seawal jam 11 pagi tapi terpaksa delay 1 jam sebab kami punya HOD terlewat datang. Sambil bosan menunggu tu kami *macam refer pada aku sorang aje* mula sibuk minta diorang duduk sama-sama untuk bergambar sebagai kenangan. Aku suka sangat snap setiap moment kerana ianya boleh dijadikan sebagai kenangan. Nasib aku baik sebab dapat kawan-kawan kerja yang memang semua sporting habis jadilah sesi bergambar secara spontan dan sporting habis...! Dan destinasi kami adalah Suria Hill Country House, Janda Baik.



Nampak, muka-muka bosan menunggu masa untuk bergerak ke Janda Baik. Muka aku mestilah tak masuk sebab aku bukan dikategorikan dalam orang yang bosan menunggu lah sangat. mihmihmih





Ini adalah antara gambar yang paling favorite aku setakat hari pertama ni. Bercerita melalui gambar aje.. :)







Selepas hampir setengah jam menunggu lagi selepas tamat sesi bergambar nie, kami bergerak ke Janda Baik dengan 3 buah kereta. Konvoi kereta mengikut jalan agak berpusing jauh demi nak elak tol. Sekitar jam 1.30 p.m kami sampai di R&R Genting Sepah untuk makan tengah hari dan bergerak ke tempat tujuan selepas setengah jam kemudian. Dalam otak aku dah set masa daftar diri pukul 3 p.m maka tak adalah aku bising rupanya bila tengok tentative start pukul 2 p.m tu pun dah terlambat sedar sebab kami sampai kt tempat kejadian lebih kurang pukul 2.15 macam gitulah. Sempat lagi bergambar sebelum masuk daftar diri. Urusetia muka dah ketat bagi baju dengan tag. :)








Adegan bergambar sebelum daftar diri, ada beberapa post yang terpaksa aku cut kerana agak sensored. Selepas mendaftarkan diri semua terus kena berjalan daki bukit turun bukit untuk sampai ke dewan. Pemandangan yang sangat indah dan udara yang sangat segar. Rasa macam relaks sangat berada di sini walaupun jadual kami padat seharian. Selesa, seolah-olah berada di rumah dan kampung sendiri. Rasanya kampung sendiri pun tak rasa sesegar ini udaranya. Mungkin masih belum diterokai oleh kilang atau apa-apa pembangunan bangunan atau perumahan sebab itu lah rasanya udara kat sini segar. :)




Apa yang paling best di sini adalah kami dapat makanan yang sangat best. Minum petang bersama untuk hari pertama selepas sesi perkenalan diri. Rasa macam baru aje aku melantak nasi lemak dah kena makan lagi. hihihi.. Mulut sibuk cakap, "rasa macam dah gemuk la.." Tapi mulut, tak pernah berhenti mengunyah!





Yang paling aku rasa sangat rileks adalah ini, anak sungai yang mengalir dengan bunyi hutan, semua aku nampak hijau. Sungguh cantik alam ciptaan Allah nie. Rasa macam perkara yang aku fikir penting dah jadi tak penting sebab aku nak rileks. :)



Aku kan...., Sebenarnya teringin nak naik buai ni, tapi setiap kali nak aje ada orang. So aku lupakan teruslah perasaan nak hayun buai tu. Tengok sungai lagi menarik perhatian aku sebenarnya.






Oleh kerana sampai awal untuk aktiviti beriadah, kami sempatlah bergambar sekitar pinggiran batu tu. Kalau dulu pantang tengok air sungai macam gini nak aja aku masuk duduk lama-lama dalam tu. Ikut perubahan umur mungkin sekarang itu agaknya dah kurang berminat untuk masuk dalam air sungai nie.















Aktiviti beriadah bermula bila pengadil mula meniup wisel. Aktiviti petang kami adalah... bola tampar. Yang nie versi aku tak pernah jumpa sebab main bola tampar guna kain buat tangkap bola. Hehehe.. Ada orang over excited ke apa sebab tak dapat tangkap guna kain dia main sepak dengan kaki. Mungkin salah mindset masa main game nie awal-awal kot... Atau dia dah set dalam diri dia main kena menang walaupun kena break the rules. hrrrmmmm :)







Sebelum memulakan apa-apa aktiviti riadah, silalah stretching dulu ya. Barulah tade kes injured sana sini. Ikut cara mereka semua nie untuk tidak injured ya semua dan berhati-hati....











Demonstrasi bagaimana untuk menggunakan kain untuk menangkap bola dan bermacam gaya yang muncul bila game bermula. Masing-masing bikin panas to another team. Walaupun team aku tak menang tapi kami tetap gembira. :)















Ingat pihak penganjur buat game nie saja-saja ke? Mestilah ada maksud tersirat yang cuba disampaikan. Melalui permainan ini, kami berjaya cipta kerjasama antara ahli kumpulan. Moral of the game bersatu teguh, bercerai roboh. :D





Selesai sahaja game sesi bergambar lagi. Dah macam hilang arah aku nak buat gaya yang macam mana. Habis gaya comel buat walaupun kena kutuk. Apa kisah diri aku, suka hatilah. hehehehe 









Aku memang sangat suka snap gambar orang. Walaupun orang tu malu-malu kucing pada mula untuk bergambar aku akan buat juga sampai dia masuk dan buat gaya sendiri. Hehehe... So dengan aku, tidak ada alasan untuk tidak bergambar. Tambahan pula kalau aku yang juru kamera.









Selepas aktiviti riadah kami masuk ke bilik masing-masing untuk mandi dan bersiap untuk solat bejemaah dan ceramah. Selepas makan malam kami sambung kembali aktiviti mengenali diri dan kerja masing-masing. Cara nak ubah pemikiran dan sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul. Untuk aktiviti malam aku tak sempat snap gambar sebab agak tegang suasana ketika itu. Aktiviti hari pertama berakhir jam 1.30 a.m. Untuk kisah hari kedua dan ketiga akan aku update di lain entri beserta gambar-gambar aktiviti kami bersama. Menaip sambil mengantuk buat aku hilang ayat penutup.. kikikiki

Sekian :)

No comments: