Wednesday, February 05, 2014

Teambuilding day last

Kembali dari bercuti panjang tetiba terasa sunyi belog tanpa entry baru. Perasaan rajin datang untuk kembali mengingati setiap kenangan yang tercipta semasa berada di Suria Hill Country Resort tempoh hari. Paksa juga diri untuk ingat kembali setiap kenangan yang telah tercipta selama 3 hari 2 malam di sana.

Hari terakhir berada di Janda Baik, aktiviti pagi bermula seperti hari sebelumnya. Di mulakan dengan senaman pagi, lepas tu sarapan dan mula aktiviti kelas lagi. Kali nie kami semua tidak dibahagikan kepada kumpulan lagi kerana kami diminta untuk mendirikan batang paip bersama bendera SPH. Kami hanya mampu dirikan beberapa batang paip kerana, kami tak cukup orang untuk memegang tali yang diikat pada batang paip tu.

Walaupown kurang berpuas hati dengan tiang dah didirikan, kami semua tetap happy kerana kerjasama adalah penting dalam sesuatu pekerjaan itu.


Hari terakhir haruslah muka-muka letih aja yang terpamer. Dah berhabisan tenaga untuk hari sebelumnya. Walaupun letih tapi semuanya memang berbaloi.









Aktiviti seterusnya untuk hari terakhir ini adalah aktiviti muhasabah diri. Dimana lampu ditutup gelap dan lagu sayu-sayu pulak dengan sedikit penceritaan dari pihak penganjur buat air mata semua orang mengalir. Sungguh hati aku tersentuh setiap kali kalau masuk bab muhasabah diri nie. Maklumlah diri ini memang sedia bukan baik orangnya.











Kalau dah nama pun buat kem macam nie mestilah akan ada sesi penyampaian hadiah kan? Jadi aktivti sebelum berakhir kem teambuilding kami nie adalah sesi peyampaian sijil dan hadiah kepada semua.




Sebagai kenangan haruslah mengadakan aktiviti bergambar secara beramai-ramai untuk sekian kalinya. Kenangan yang memang sangat indah. Berpenat lelah bersama selama 3 hari. Bersyukur kerana dapat team yang best camgini. Tersangat best... :)












Maka dengan ini berakhirlah kisah teambuilding STE yang sangat awesome ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Mudah-mudahan dipanjangkan jodoh kita semua untuk terus bekerjasama dalam satu TEAM.




Sekian... :)

No comments: