Saturday, January 04, 2014

Today memories

Happy weekend all, hari nie aku nak berkongsi cerita tentang jejak sahabat lama. Boleh dikirikan lama jugaklah kerana dah hampir 4 tahun kami tak jumpa lepas tamat belajar dulu. Masing-masing bawa diri entah kemana dah hampir 4 tahun nie baru nak jumpa balik. Punyalah banyak membuang masa nak kembali bersama-sama macam dulu-dulu. Mungkin nie atas ego aku sendiri.. Entah.. Mungkin.. :)

Segalanya bermula dari kami berchat di FB, semuanya nak bermula dari FBkan. mihmihmih... Oke, dalam sibuk aku dengan dunia kerja aku yang agak sibuk tu *berapa banyak sibuk daaaa* Aku gagahkan jugak untuk berjumpa kembali dengan BFF aku ketika Poli Dungun dulu. Pelbagai perasaan tau tak ada dalam diri dan hati aku nie bila nak jumpa balik, tambah-tambah lagi bila dia sendiri sanggup ambik aku kat ofis untuk bawak pergi lunch date. *luch date la sangat.. ngehngehngeh..* Dah macam orang bercinta tapi lama terpisah tapi nak jumpa balik lebih kurang cam gitulah rasanya. hehehe.. mengada sangat aku ni.

Nak dijadikan cerita, kami kenal masa hari first day daftar di PSMZA ketika beratur nak register diri. Dah kena pulak kami satu course dan satu kelas. Ini semua berlaku atas nasihat BFF aku yang seorang tu. Kalau tak memang aku tak berkawan dengan orang la masa daftar tu. No kad matrix kami nasib bukan selang satu, nasib kami dapat no ganjil dua so kami satu kelaslah.. Kisah lama panjang kalau nak cerita.. Senang aku pendekkan aje, kami jadi kawan baik, selalu bekerja sama-sama, senang tulis semua perkara kami lakukan bersama-sama. Sampai dia dating pun aku yang temankan.. hehehe :D

Tapi, inilah masalahnya.. bila perempuan *aku tak pasti kalau orang lelaki* kalau dah makan sepinggan, tidur sebantal, belajar sekelas, tinggal sebilik, hadap muka 24/7 mulalah timbul perasaan tak puas hati sebab lama-lama kita akan tahu siapa kawan kita tu. Means bukan nak memburukkan orang cuma mungkin aku masa tu terlampau ikutkan perasaan marah sampai persahabatan aku dan dia yang dah terjalin hampir setahun tu musnah. Oleh kerana peristiwa terlupa bawa kertas assignment dan kami patah balik ke bilik dan dia kena hantar balik assingment tu sorang-sorang sebab aku nie ego dan ikutkan sangat hasutan syaitan masa tu terjadilah perang bisu antara kami. Memang bodoh sangat aku nie kalau difikirkan balik, tapi itulah.. buat sesuatu tanpa berfikir dengan akal yang waras jadilah cam gitu.

Lama juga kami ambil masa untuk bertegur sapa. Kalau dulu kami selalu bersama sekarang dah bawa haluan sendiri *merujuk kepada kisah 4 tahun lepas* Hanya beberapa bulan kemudian kami kembali bertegur sapa kembali tu pun cuma dalam FB aje. Selepas kejadian aku dan dia masing-masing buat umpama kami nie bukan kawan baik. Aku ada juga dengar kisah dia dari orang lain tapi aku buat tak kisah sebab aku dah memang tak ambil tahu. Sampailah tahun 2010 dimana dia menjemput aku untuk hadir ke majlis kenduri kahwin dia. Dari situ aku dah mula sedar sikit sampai bila aku nak bermusuh dan hidup dalam keadaan tak tenteramkan? Jadi aku kembali berkawan dan terima segala kekurangan dia dan cuba juga maafkan diri sendiri atas apa yang aku dah buat kat dia. Cuma hanya kerana salah faham kami berlanjutan tak bertegur sapa oleh kerana nak membela ego masing-masing. Haiissshh... :(

Dan sekarang kami dipertemukan kembali, dia dah beranak 2 dan aku pulak masih single dan available. Jantung aku rasa nak gugur tau bila aku jumpa dia balik.. Dah banyak perubahan dalam diri dia semenjak jadi ibu nie. Mungkin dari kesilapan manusia akan belajar untuk lagi memahami dan lagi matang kot. Cara dia layan aku dah memang sangat jauh berbeza dari dulu. Aku pulak yang naik segan dengan dia sebab aku nie langsung tak pernah berubah dalam hidup. huhuhu... Maksudnya jodoh kami masih ada untuk berkawan dan mudah-mudahan hingga akhir hayat kami.

Dalam masa 4 tahun kami terpisah tu, rupanya bermacam kisah yang aku ketinggalan pasal dia. Hari nie semuanya aku dapat tau dari penceritaan tuan empunya badan sendiri. Sebab aku nie jenis yang memang tak berapa gemar dengar cerita kisah hidup orang lain dari orang lain. Lebih senang kalau tuan badan sendiri yang cerita. Aku tahu dia sedang hadapi masalah sekarang dan aku biarkan aje soalan aku tanpa jawapan sebab aku berpegang pada satu prinsip, bila dia bersedia nak share dengan aku nanti dia akan cerita. Itu aje.. :)

Dan hari ini, secara tidak sengaja kami keluar bersama sebab dia datang rumah saat aku nak keluar dengan officemate aku. Jadi aku ajak aje la dia join sekali. Segan pulak aku bila kami semua bising-bising dia senyap aje. Mungkin kurang selesa sebab kami semua banyak cakap dan modal nak berbual. Risau juga kalau dia ada terasa hati ke apa sebab kami semua dok bergurau sakan aje. huhuhu. Tapi alhamdulillah, kami semua bergembira dengan aktiviti yang tidak dirancang dengan baik oleh kami nie.

Dengan pemberi arah yang salah, dengan beramai-ramai nak bagi arah, dengan pening ikut arahan walaupun salah direction. Hehe.. semuanya berjalan dengan baik sebab kami semua gembira dan sempat lagi nak rancang next kisah berjimba-jimba. Ini adalah hari pertama aku hangout dengan officemate aku dihari bukan waktu kerja. Setelah setahun kenal hari nie baru nak menjinakkan diri keluar dengan mereka semua. Dan ternyata ada keserasian antara kami semua.. :)

this is what people call today memories. Maaf, kualiti gambar kurang cantik
Sekian... :)

No comments: