Sunday, February 09, 2014

Cerita Hujung Minggu

Niat keluar rumah hari nie adalah hanya untuk melawat Karnival Karangkraft 2014 memandangkan tahun lepas aku tak berkesempatan untuk menghadiri karnival ini. Oleh kerana katanya ada kumpulan forteen yang akan buat persembahan. Sebagai peminat cekal Izzue Islam maka dengan gigih aku berusaha mencari parking walaupun aku harus berpusing bepusing-pusing.

Oleh kerana terlampau terpesona dengan kecomelan promoter novel itu maka aku telah membeli senaskah novel yang bakal diadaptasi ke drama tidak lama lagi katanya. Rindu Awak 200 % karya Liyana Zahim terbitan Alaf 21



Dalam sibuk memerhati model-model muslimah yang sedang memperagakan pakaian dari butik-butik terkenal, aku pula menerima permintaan dari seorang kawan lama minta tolong belikan casing telefon yang bergambar kartun berwarna striking mintanya. Maka dengan kadar segera aku buat keputusan untuk beredar dan menuju ke Plaza GM Klang demi menunaikan permintaan kawan. Sayangnya, apa yang diminta tidak dapat aku tunaikan kerana semua casing untuk Tab3 10.1 hanya terdapat yang berwarna dan tidak mempunyai sebarang corak.

Oleh kerana kecewa tidak mampu memenuhi permintaan orang maka aku terjumpa wide shawl yang memang selama ini menjadi idaman hati. Dapat pulak dengan harga yang murah lagilah buat aku terus jadi tamak. Nasib akal waras berjaya mematahkan nafsu ketamakkan aku maka hanya 2 helai sahaja aku beli. Itu pun setelah puas mencari kesilapan pada warna shawl yang ketiga itu.



Selepas mengisi perut sebelum pulang, aku sempat lagi singgah di bangunan lama GM kerana niatnya hanya untuk melihat promosi apa yang rancak sangat diwar-warkan. Maka sekali lagi nafsu ketamakkan menguasai diri kerana aku ternampak jualan tudung dengan harga RM2 sehelai. Mulanya hanya melihat dan akhirnya memilih. Dari berniat nak beli 5 helai terus aku gugurkan jadi 2 helai sahaja kerana memikirkan masa depan. Walaupun murah, hidup kena belajar untuk berjimat cermat. Cehcehceh.... :)


Maka itu sahajalah kisah perjalanan hidup aku hari ini untuk minggu ini. Sebagai manusia yang tidak pernah boleh merancang untuk aktiviti sehariannya. Semuanya datang dengan NATURALLY. Cuba kita jadi manusia yang pemudah cara, Insha-Allah Allah akan memudahkan perjalanan hidup kita. hehehe :)

instagram : @nrhzlnd
Sekian...
Post a Comment