Friday, February 14, 2014

Cita-cita KU

Hanya pada hari minggu aku punya masa yang betul-betul banyak untuk dibazirkan dan buat macam-macam dengan diri sendiri. Hanya pada hari minggu aku sempat fikir untuk buat entry dalam belog nie supaya tak kosong dan sunyi walaupun aku sedar tidak ramai yang singgah untuk membaca setiap penulisan aku yang biasa-biasa ini.

Sekarang otak aku selalu teringat kisah-kisah zaman kanak-kanak, zaman persekolahan. Kalau dulu di zaman sekolah rendah cikgu mesti selalu akan tanya tentang cita-cita kitakan? Bagi aku masa tu aku hanya nampak polis sebagai kerjaya yang paling berjaya untuk diri aku. Punyalah aku jaga diri dari segi mata ajelah sebab masa sekolah rendah dan menengah dulu aku sangat berisi dengan lemak. Sekarang pun sama ape.. hehehehe. Sampai satu tahap aku dah cukup umur untuk pergi cuba nasib untuk temuduga terbuka polis dan agak kecewa sebab, ketinggian tak cukup untuk aku melayakkan diri menjadi seorang polis dan berkhidmat untuk negara. huhuhuhu. Terus lepas tu tukar cita-cita nak jadi technician komputer kerana masa tu aku sedang belajar dalam bidang IT.

Berlaku lagi satu kesilapan dalam hidup aku kerana aku sangkakan Sijil Information Technology fully belajar tentang kisah repairing atau seangkatan dengannya rupanya ia adalah pure programming. Maka sekali lagi aku kecewa dengan diri sendiri. Tapi aku kuatkan juga hati dan diri untuk belajar demi mengejar masa depan yang cerah dengan itu aku sanggup sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi which mean intergrasi walaupun setelah 2 tahun tinggalkan dunia belajar. Punyalah malas nak berusaha ketika belajar SIT membuatkan aku kena tunggu 2 tahun untuk sambung intergrasi selama 1 tahun setengah.

Dari situ berubah lagi cita-cita aku. Ketika umur 22 tahun, aku masih lagi belum tetap pendirian dengan cita-cita aku. Kali ini cita-cita aku berubah untuk menjadi pensyarah. Lebih tinggi dari sebelumnya. Aku kurang ingat kenapa boleh terkeluar cita-cita nie dalam otak aku. Niat nak apply jadi pensyarah kat pusat latihan kemahiran terbantut apabila kena ada dip in perguruan. Maka sekali lagi kecewa dengan diri sendiri. Tak apa, pasti ada hikmah dalam hidupkan. Aku teruskan dengan cita-cita kedua aku iaitu nak jadi technician computer.

Oleh kerana tak nak menganggur lama-lama, aku terima aje peluang kerja apa sahaja yang aku dapat. Untuk tak nak membebankan kedua mak ayah aku. Sambil itu, aku berusaha juga untuk dapakan peluang untuk masuk bidang aku sendiri. Walaupun aku belajar programming aku cabar diri aku untuk buat sesuatu yang lain seperti cita-cita kedua tu. Aku hadapi kesukaran untuk melaksanakan cita-cita kedua aku kerana aku terpaksa bersaing dengan golongan lelaki. Mungkin belum terbuka lagi pemikiran manusia untuk menerima orang perempuan bekerja seperti lelaki ketika itu maka aku redha dan sabar menunggu.

Dalam nak mencapai cita-cita nie, pelbagai dugaan yang aku kena tempuh. Tapi bila difikirkan kembali semua itu adalah untuk buat aku lebih menghargai setiap detik kehidupan. Dari kepayahan itu aku belajar pelbagai cara untuk menangani masalah dan kehidupan. Belajar untuk meletakkan diri dalam keadaan sedia sentiasa menerima pelbagai cabaran.

Setelah bersusah payah dalam mengahadapi pelbagai dugaan dan ujian kini aku telah selangkah kehadapan menggapai cita-cita aku. Masih banyak perkara yang perlu aku belajar dan perbaiki demi masa depan. Maklumlah aku bukan dari golongan teknikal. Dalam bekerja, masih boleh belajar dan pelajarannya lagi praktikal sebab semuanya real.

Sekian... :)
Post a Comment