Monday, March 31, 2014

Gateway with BFF

Sekian lama meninggalkan dunia blogging kini kembali menaip kembali kerana dah tak tertanggung rindu untuk menulis dan merapu disini. Kembali untuk berkongsi cerita berkenaan kisah berhari minggu dengan BFF. Seorang yang juga sentiasa ada disaat jatuh bangun dan saat aku dipulaukan oleh orang lain. Dia orang yang selalu bersabar dengan kemarahan dan sikap kurang professional aku nie.



Kak iza, buat pertama kalinya dia datang melawat aku di Shah Alam nie. Sambil menghadiri majlis perkahwinan classmate kami semasa di Perlis dulu. Bak kata orang sambil menyelam minum airlah siket. Hehehehe









Bersama kami menghadiri majlis H&M bersama seorang kawan lagi selaku cameraman yang suka ambil gambar candid kami. Oleh kerana aku kurang idea untuk membawa kak iza berjalan-jalan maka aku memohon pendapat dari cameraman untuk berjalan-jalan menghabiskan masa singkat kami bersama.














1st place yang dicadangkan adalah Masjid Negeri sebab permintaan dari kak iza nak solat kat masjid paling cantik dan besar kat Shah Alam nie. Mengikut perancangan selesai solat kami nak bermain kayak di Taman Tasik Shah Alam, tapi disebabkan cuaca agak tidak sesuai saat tu maka perancangan berubah menjadi melawat shopping mall. Kami menyinggah di Plaza Alam Sentral untuk kak iza membuat survey berkenaan dengan handfhone sony yang menjadi idaman hati dia. Aku dan cameraman ikutkan aja sebab aku pun buat survey untuk membeli powerbank.

Setelah penat menawaf kawasan, kami berehat seketika dengan melepak disekitar kawasan pentas. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Saat berjalan dengan kak iza mood aku baik-baik aja. Memang tersangat baik... ;)

Destinasi kami seterusnya adalah UITM shah alam. Oleh kerana aku berkawan dengan student maka situlah tempat yang aku tau. Meronda sambil mencuci mata kat dalam tu. Kebetulan saat kami sampai ramai orang tengah beriadah kat pusat sukan. Mulalah mengimbau saat-saat zaman belajar dulu dengan kak iza. Mulalah teringat saat-saat zaman kurus kami berdua dulu. Hehehe..









Selesai meronda kami terus menuju ke pusat islam uitm untuk menunaikan solat maghrib sebelum keluar ke tempat makan. Tempat makan yang menjadi pilihan adalah tomyam kau-kaun padang jawa. Permintaan dari kak iza sebolehnya aku cuba tunaikan. Yela, dari jauh dia datang tak kan aku nak kecewakan dia. Sedaya mungkin aku cuba tunaikan..


Aktiviti makan selesai kami bergerak ke uptown. Tak lengkap rasanya gateway kami kalau aku tak bawa kak iza kesana sebab dia nak sangat mencari jersey harimau malaya. Oleh kerana malam minggu kami kesana maka seawal jam 9 malam tu dah ramai yang datang sehinggakan parking tepi jalan pun penuh. Jadi terpaksa parking jauh dan berjalan. Kami ambil masa tawaf uptown selama 3 jam setengah dan selepas tu masih sempat merancang untuk melawat bandar KL.







Permintaan terakhir untuk hari tu oleh kak iza, meronda bandar KL sambil melihat lampu dan melihat dataran merdeka. Tapi sayang sebab padang dataran terpaksa ditutup oleh kerana penyelenggaraan. Jadi aku bawak la kak iza pusing-pusing tempat lain. Hanya meronda dalam kereta tanpa henti dan balik semula ke Shah Alam dan sampai rumah sekitar jam 1 pagi.

Pengalaman yang amat indah untuk aku bersama kak iza dan cameraman. Seharian bersama membuatkan kami kepenatan dan terus padam selepas mandi. Kerana esok harinya adalah hari kami akan berpisah.
Sehebat mana perancangan kita hebat lagi perancangan Allah. Semoga jodoh kita untuk bersahabat berpanjangan hingga akhir hayat kita. Kini baru aku faham situasi berkasih sayang kerana Allah. Next entry Isha-Allah aku akan share something yang berkaitan dengan berkasih sayang kerana Allah.
Sekian

No comments: