Sunday, April 20, 2014

Kereta Idaman KALBU...

Selalunya bila orang bertanyakan tentang kereta idaman pasti otak aku akan berfikir untuk membeli sebuah kereta yang bonetnya besar. Kerana aku nie suka mengisi barang-barang yang banyak dalam ruangan bonet yang besar. Senang cakap memudahkan aku nak sumbat bermacam-macam benda bila nak balik kampung. Jadi tak perlulah aku nak susah-susah berfikir beg mana yang aku nak sumbat barangan aku. Kerana aku nie bila nak balik kampung beg tak pernah nak cukup 1.

Masih segar lagi dalam ingatan aku, masa aku sambung diploma seorang pensyarah BI bertanyakan apa kereta idaman aku. Jawapan aku senang, hanya ingin memiliki kereta yang berbonet besar. Habis satu kelas menggelakkan aku. Mungkin kelakar bagi mereka tapi serius bagi aku. Sebab aku tade spesifikkan kereta apa yang aku nak miliki. hehehe :)

Semenjak proton mula mengeluarkan saga version baru hati aku dah terpaut untuk memilikinya. Masa tu seingat aku dalam tahun 2008 macam gitulah. Tapi masa tu aku masih seorang pelajar dan belum mempunyai pendapatan sendiri. Hidup hanya bergantung kepada loan masa belajar dan bantuan dari emak dan ayah. Macam mana nak memiliki keretakan? So, aku simpan niat dalam hati... Suatu hari nanti akan aku miliki juga kereta yang berbonet besar. Hehehe... Potensinya hanyalah kepada saga BLM sebab aku bukan manusia yang minat dengan kereta import.

Selepas dah tamat belajar tu, hidup masih terumbang ambing macam kapal yang berlayar dalam laut dengan gelombang yang kuat. Hiperbola sangat! hehehe.. Sekitar tahun 2011 saga BLM telah diganti dengan saga FL. Hati dah mula berpaling tadah dengan saga kerana kekecewaan sebab saga BLM telah diberhentikan pengeluaranya. Kecewa sehingga dah tak nak ambil tahu langsung pasal kereta pengeluaran proton. Sampai tahap tu tau..

Selepas setahun kemudian rasanya, saga mengeluarkan model baru lagi iaitu saga FLX. Kali nie hati mula jatuh cinta bukan setakat terpaut dah, terus jatuh cinta dan hati melonjak untuk memiliki. Oleh kerana kewangan kurang memberansangkan aku tahan niat tu lagi. Bersabar dengan kehendak hati.. Dahulukan yang mana lebih penting.

Bermula dari bulan puasa tahun lepas, aku mula nekadkan diri untuk memiliki juga saga FLX. Selepas membuat perbandingan harga dan survey sekali lagi hati kecewa kerana aku belum lagi mampu untuk memiliki kereta idaman kalbu nie.

Jadi aku pasrah dan hanya berharap yang aku punya rezeki untuk memenuhi kehendak hati aku yang satu nie. Dalam kepasrahan hati tu, tiba-tiba saga mengeluarkan kereta saga FLX SV yang mana harganya jauh lebih murah nak dibandingkan dengan saga FLX. Sekali lagi hati berbunga wangi.. tapi takut nak meletak harapan sebab takut kecewa lagi.

Dalam tak dirancang aku mula apply loan dan tak meletakkan sebarang harapan dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Jadi, aku berjaya mengeluarkan sebuah kereta yang bernama saga FLX SV. Dengan bantuan BFF aku, akhirnya aku boleh memiliki kereta idaman kalbu nie. Walaupun kereta nie hanya kereta buatan tempatan, aku tetap berpuas hati sebab semuanya adalah hasil diri aku sendiri.

Dalam sibuk dengan kegiatan kerja harian aku, pejam celik sekarang dah hampir 6 bulan dan baru aku berjaya menulis sepenuhnya kisah kereta idaman kalbu aku yang berbonet besar nie. Sebenarnya bila aku fikirkan balik bukannya besar sangat bonet kereta nie sebab tak mampu nak tampung barang aku yang terlampau banyak tu. Hahaha.. Apa-apapun aku berpuas hati dan bersyukur sangat dengan segala yang Allah bagi pada aku. Hati selalu berkata semua nie hanyalah pinjaman dunia untuk aku. Muhasabah diri sentiasa... Bersyukur dengan apa yang ada.

Apa yang membuatkan aku serius untuk memiliki kereta adalah kerana emak mula membebel kerana risaukan anak dia yang seorang nie membawa motor kemana-mana. Oleh kerana pernah berlaku kes hampir diragut oleh 2 orang motor emak mula menyatakan kerisauan dia. Jadi, aku niatkan dalam hati beli kereta kerana nak menyenangkan hati emak. Aku nak redha emak dan ayah sentiasa bersama aku jadi aku turutkan jua kehendak mereka. Ayah membuat tawaran untuk bayarkan dp tapi dengan syarat aku kena letgo motor kesayangan aku tu. Tapi aku tolak sebab aku tak nak menyusahkan mereka sambil nak menjaga hati abang dan adik aku tu.

Sekian.. :)

No comments: