Thursday, May 15, 2014

Azriey's farewell

Sudah lumrah, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan disetiap perpisahan pasti akan ada pertemuan yang baru. Inilah yang dikatakan kitaran kehidupan. Cerita dah berlalu hampir 2 bulan tapi aku baru nak tulis-tulis kat sini. Kalau ada mana yang tertinggal mohon maafkanlah ya. Aku kurang daya ingatan sekarang.

Berat hati aku rasa berat lagi hati orang yang menanggung. Selama setahun 3 bulan bekerja bersama-sama. Banyak juga tunjuk ajar yang dibagi, banyak juga kisah yang dikongsi. Selalunya kisah aku berminat dengan orang hensem-hensem ajelah. Hehehe... Banyak juga gelagat dia yang mampu buat orang sekeliling gelak. Terutama sekali bab ajuk cakap bahasa utara dan nyanyi gaya cd terlekat tu. Dialah seorang yang dah macam keluarga untuk kami di ofis.. Azri.

Terkejut dengan keputusan beliau, aku sampai tak mampu nak dengar cerita yang dia cuba sampaikan waktu hari surat perletakan jawatan dihantar. Cuba buat-buat tak sedih, padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Sedih, kecewa semua perasaan yang negetif bercampur baur. Mestilah aku sedih, sebab dah macam keluarga. Tapi, demi masa depan kawan-kawan aku kena tabahkan hati dan kuat untuk sokong bukan buat orang rasa berat hati. Rasanya bukan aku yang rasa macam ni, hampir seluruh orang dalam STE rasakan benda yang sama. Alahai teremosi pulak. :D *jangan nak kutuk - kutuk eh Azri kalau baca ni!!*

Untuk menghargai segala sumbangan beliau pada company, Boss kami telah membelanja kami bersama-sama makan tengah hari. Ayat merapu apa entah aku ni.. Hehehe. Oke, saat lepas makan mulalah masing-masing bagi ucapan. Aku sendiri tak nampak muka aku masa bercakap jadi iakan ajelah yang diorang cakap mata aku berkaca masa bercakap. Beliau lagilah, tak mampu untuk berucap panjang kerana teremosi. Semua orang disini sentiasa mendoakan kebaikan untuk beliau. Bukan langsung tak boleh jumpakan?

Semasa hari-hari terakhir beliau, kami semua saja mengusik tak nak datang majlis kenduri beliau. Padahal dalam diam dok merancang tanpa pengetahuan beliau. Konon nak buat kejutan la gitu. Hehehe... Dan kami memang berjaya sebab beliau sendiri terkejut dengan kehadiran kami kat majlis beliau. Inilah penghargaan terakhir kami untuk beliau.

Perkara yang paling aku rindu bila ketiadaan beliau ni adalah kegilaannya dalam memusnahkan lirik lagu. Semalam aku belek-belek balik email nak cari quotation laptop, ternampak email bahasa y beliau dan terindu pulak dengan suasana tu. :D

Perginya beliau mungkin tak ada ganti, dan pengganti pun belum tentu serupa dan sama sebab setiap orang punya perangai dan pe'l yang berlainan. Dan perginya beliau adalah untuk masa depan yang lebih cerah memandangkan beliau dah pun bekeluarga sekarang ni. Semoga terus maju jaya dalam hidup dan keluarga oke Azeriey Ramli. Khas aku tulis-tulis ni untuk jadikan sebahagian dari kenangan hidup aku. Takut dah lama-lama aku lupa pulak pernah bekerja sama dengan beliau. :)

Sekian.

No comments: