Thursday, May 29, 2014

Loveliness familyday

Sudah agak lama menyepi dari sebarang entri bergambar rasanya. Kali ni aku nak upload gambar banyak menulis kurang. Tapi berjayakah aku untuk kurang bercerita dalam entry kali nie?? Hehehe....
Berkisahkan hari keluarga jiran sebelah dan aku telah dijemput untuk memeriahkan lagi keadaan. Maklumlah aku ni memang sentiasa menjadi manusia yang menyibuk dengan orang. Oke, aku mendapat jemputan dan adik aku pun mendapat jemputan. Jadi aku free kan diri aku pada hari berkenaan. Memang sekarang aku sentiasa free apa.. Siapa yang taknak kalau semuanya freekan?

Oke, syok sangat bercerita lupa pulak nak cakap destinasi family day ni. Kami semua telah dibawa oleh abang driver bas ke Genting Highland. Tujuan family day ni hanya untuk merehatkan diri masing-masing dari memikirkan kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Bermalam selama 1 malam di apartment(namanya aku dah lupa). Aku semestinya dengan adik aku la saru bilik. Yang lain semua sudah diaturkan. Bertolak sekitar jam 11 pagi ke Janda Baik dulu untuk makan tengah hari sebelum buat aktiviti kat destinasi percutian kami semua. Nasiblah dapat boss yang sangat prihatin pada pekerja dia, jadi semuanya dia ambil kisah. Untung sangat rasanya.

Sesampai sahaja di apartment masing-masing mula dapatkan bilik sendiri. Berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti mandi kolam renang pada petang hari. Dalam keadaan yang sangat relaks dan sejuk, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan telah membantutkan sedikit aktiviti berenang kami semua. Tapi itu bukan satu halangan untuk orang-orang seperti kami. Budak-budak je la kesian sebab hujan boleh buatkan diorang demam.


Oke... Dah sekarang aku nak masukkan gambar plak. Dah letih nak bercerita panjang lebar ni. Hehehe...







Aktiviti waktu malam pulak adalah bbq tepi kolam renang sambil berkaraoke. Pembuka nyanyian adalah azza dan aku hanya peneman aje la. Sebab aku ni kan pemalu. Selepas seronok berkaroke ada sesi potong kek dan pemberian hadiah semperna bufday mereka-mereka. Lepas tu sambung karaoke sampai tengah malam.

Keesokkan paginya kami bersarapan di tempat yang sama dengan dinner dan sebelum check out tengah hari masing-masing sibuk mandi kolam lagi. Aku hanya melepak dalam apartment layan tv dan lena depan tv. Pastu sesi bergambar diadakan oleh kami. Maklumlah ada juru gambar yang sanggup. Sampai video sekali sanggup dia ambik. Hehehe









Sebelum balik ke realiti kami melawat strawberi farm. Nak feeling-feeling duduk cameron lah kononnya. Tapi sayang, bukan musim strawberi. Bagi aku manusia yang bukan penggemar strawberi ni tak kisah sangatla... Aku suka bila terjumpa seladang bunga bewarna purple. Bunga lavender kegemaran aku. Sangat cantik tapi kewangiaan bunga dah tiada. Mungkin tak sesuai dengan cuaca di Malaysia atau mungkin kerana cuaca kat genting pun dah panas macam kat sini.









Percutian yang cukup bermakna bagi aku walaupun hanya ambil masa yang singkat. Cukup untuk menghilangkan rasa stress dalam diri. Walaupun hakikatnya aku tak stress pun. Hehehe.
Oke la... Aku akhiri entry dengan video spontan dari kami berempat. Terima kasih untuk kenangan yang best ni. Lain kali jemput lagi ya boss.. :D



Sekian.

No comments: