Sunday, June 22, 2014

berkasih kerana....

Akhir-akhir ni ramai juga kenalan rapat dan kurang rapat aku menaiktaraf status masing-masing. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana telah menyatukan dua hati dengan ikatan sah. Barakallah untuk kamu semua.

Berkenaan dengan itu, terlintas dalam kepala nak menulis la sedikit berkenaan sebab-sebab memilih pasangan. Siket ajelah, setakat yang mampu otak aku fikirkan.

Sebenarnya bila difikirkan banyak sebab yang logik, yang munasabah, yang boleh diterima akal untuk aku tulis. Tapi, bila terlalu banyak yang nak keluar serentak memang akan terlupus dengan begitu sahaja la. Maklumlah, hati dan otak tak seiring dan sejalan, maka itulah jadinya. Oke, mari mulakan pembacaan sebenar anda (^^,)

1. Berkasih kerana.... HARTA

Perkara yang sangat klise abad ini pada pandangan mata dan pemerhatian aku la. Mungkin kerana dunia sekarang memang memerlukan kos yang tinggi untuk hidup. Jadi ramai yang memilih untuk cari yang kaya.

2. Berkasih kerana.... RUPA PARAS

Mungkin korang semua pernah dengarkan pepatah, jika mencintai seseorang kerana paras rupa apabila sudah tua maka akan hilanglah cinta itu seiring dengan faktor usia dan rupa paras yang makin kurang serinya. Tapi perkara inilah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

3. Berkasih kerana.... KEPERIBADIAN

Kadang-kadang, kita memilih untuk mencintai seseorang yang buat kita rasa selesa. Kalau dah rasa selesa mestilah akan rasa bahagia. Contohnya, aku pilih dia sebab dia baik, kelakar, hormat orang tua, bla...bla...bla...bla... Hehehe.. Ada juga setengah orang memilih pasangan yang kurang banyak bercakap. Mungkin lebih selesa kalau kirang bercakap. Siapa tahu kan? Pilihan terletak pada hati masing-masing.

4. Berkasih kerana.... TERPAKSA

Demi menjaga hati seseorang, sanggup untuk menerima orang yang kita dah tak ada perasaan. Mungkin terkadang manusia jadi lupa sebab apa kita jatuh hati pada seseorang. Mungkin sebab itulah memaksa juga hati untuk terima. Tapi mungkin ada juga yang sebaliknya. Siapa tahu...

5. Berkasih kerana.... Allah

Niatkan dalam hati mencintai seseorang kerana Allah. Bila hati dah mula cenderung kepeda seseorang, simpanlah dia di dalam doa-doa anda. Kerana apabila menyimpan di dalam hati, hati itu berbolak-balik. Titipkan rasa cinta itu melalui doa kepada yang Esa. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk kamu.

Bagi aku, dalam segala hal niat adalah yang paling utama. Kerana itulah yang akan membimbing hati kita. Yakinlah jodoh itu ada, cuma mungkin lambat sedikit berbanding orang lain. Usaha, doa dan tawakal. Mudah-mudahan akan dipermudahkan olehNya.. Hidup baik-baik ;}

Sekian...

No comments: