Wednesday, August 13, 2014

Jodoh

Ini merupakan kisah peringatan untuk diri sendiri dan semua. Harap bersabar dengan kesudahan penulisan aku nanti.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kata orang. Kata aku, betul lah tu. Sebab dah memang lumrah hidup macam tu. Kerana setiap perkara tu pasti ada sebab yang munasabah untuk terjadi. Samada kita ikhlas atau tidak untuk menerima segala ketentuan itu.

Kisah ini berkenaan jodoh aku dengan seekor anak kucing kecil yang ingin menumpang beraya di rumah emak. 2 hari sebelum raya, dengan godek-godek dia datang meminta makanan untuk diisi ke perut laparnya. Permulaannya aku nampak si belalang dok meniarap sambil mengoyangkan ekor dia umpama nak menerkam sesuatu. Sambil memerhatikan si belalang, aku terdengar suara anak kucing yang mengiaw sambil berlari. Aku ni memang manusia yang pantang dengar suara anak kucing @ kucing. Aku kesian kat diorang tu. Rezeki yang ada cuba kongsikan sebaiknya dengan mereka walaupun mereka sekadar haiwan peliharaan.

Dengan laju anak kucing tu berlari ke arah aku untuk meminta perlindungan sebab takut kena serang dengan si belalang. Dengan lembut hati emak bersetuju untuk memelihara anak kucing tersebut. Sebab kucing tu comel dan bersih. Aku bagi dia makan sebelum aku pesan kat dia minta dia balik kalau dia ada tuan atau ada emak atau ada adik beradik. Lepas makan dengan malas-malas dia berjalan keluar dari rumah dan menuju ke rumah jiran aku(masa ni belum ada nama lagi). Jadi, aku anggap dia memang tak nak duduk dengan kami sekeluargalah tu. Aku redha.

Petang, kami sibuk-sibuk nak memasak untuk berbuka datang dia lagi meminta makanan dan tanpa segan dia tidur dalam rumah lepas makan. Jadi aku beranggapan dia memang nak tinggal dengan kami lah ni sebab tu dia datang kembali. Walaupun dia asyik kena marah dengan belalang. Dia buat tak tahu je..buat tak nampak aje dengan si belalang tu. Masa ni lah aku terfikir nak letak nama Odek. Sebab dia tergodek-godek berjalan sambil membawa perutnya yang bulat tu.

3 hari setengah dia bersama kami, sesungguhnya dia adalah kucing yang tersangat baik yang pernah aku bela dan jumpa. Selepas makan, pasti dia akan keluar membuang pastu masuk balik dan tidur. Hari last dia bersama kami dari pagi sampai ke petang, kerja dia tidur sahaja. Mungkin itu adalah petanda yang dia akan pergi meninggalkan kami semua untuk selamanya. Ya Allah, sungguh sayu hati bila terkenangkan dia..

Di malam raya kedua, sedang kami beramai-ramai menikmati makan malam dan ayah sibuk nak bagi anak jantan dia yang pemalas, tua + garang (po'kok) tu makan tiba-tiba dengan laju po'kok datang menerkam Odek dan nak bawa lari keluar rumah. Sayangnya kami semua dah terlambat untuk selamatkan Odek kerana Po'kok terlebih dahulu menggigit nadi Odek dan berlaku pendarahan tanpa henti. Odek menggelupur kesakitan sambil menunggu nyawanya habis. Seluruh keluarga terkaku.

Betulah kata aku, dia hanya nak datang tumpang beraya. Dan memang betul kata-kata aku tu. Sesungguhnya takdir tiada siapa yang mampu untuk mengubahnya. Dengan hati yang sedih, aku tanam Odek sambil dalam hati terkilan dengan perbuatan Po'kok. Aku manusia, tapi aku tak mampu pun nak selamatkan seekor kucing kecil tu. Hati aku kesedihan + terkilan + rasa bersalah. Sesungguhnya, kami tidak berjodoh lama untuk bersama-sama berkongsi rezeki yang ada.




Dan inilah kisah jodoh kami yang tidak panjang untuk bersama. Sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik. Aku redha.

Sekian.

No comments: