Sunday, August 24, 2014

Perubahan

Untuk post kali ni aku nak share berkenaan dengan perubahan untuk kebaikkan. Semenjak dua menjak ni dalam proses mematangkan diri bermacam pulak kisah yang terjadi. Bermacam jugak ragam manusia yang aku temui. Aku tak cepat menilai sebab seseorang pernah berkata pada aku, bila mula mengenali seseorang, jangan sesekali kita menilai dia tanpa mengenali dan berkawan dengan dia. Tapi kadang hati ni tewas jugak. Menilai orang hanya dari luaran jugak.

Perubahan ni perlu ambik masa. Terpulang pada diri masing-masing. Orang kata tepuk dada tanyalah selera. Dan perubahan jugak memerlukan hati yang istiqamah. Tanpa istiqamah dalam apa jua perkara pun kita tak kan berjaya. Jadi, hati perlu tetap dengan pendirian yang ada.

Terkadang, diri kita rasa betul tapi bagi orang sekeliling kita adalah salah. Kita tak mampu nak terima teguran orang. Setiap teguran membuatkan kita rasa orang cuba menentang kita. Seakan kita sahaja yang salah. Itu silapnya kita sebagai manusia. Tidak boleh ditegur, dan mudah melatah. Cuba sesekali, fikir sebelum bertindak. Insha-Allah ada hikmahnya.

Perkara lain lagi, seperti lari bila menghadapi masalah. Apabila rasa tak mampu untuk terima kritikan dalam apa jua hal yang dilakukan mula menghilangkan diri. Mencari tempat baru untuk mulakan hidup baru. Apalah salahnya jika kita berusaha sedikit untuk menyelesaikan segala masalah yang ada. Kerana disetiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaian. Bertindak mengikut akal dan fikiran dan waras. Jangan sesekali membuat keputusan ketika hati dan jiwa tengah panas. Padah akibatnya.

Sesungguhnya perubahan perlu untuk semua orang. Kerana ia adalah perkara yang bagus. Dan perubahan itu adalah bergantung pada diri sendiri. Jika masih rasa diri itu terbaik, maka teruskanlah hidup dengan cara yang sedia ada. Jika merasa diri perlu sesuatu yang baru maka berubahlah demi kebaikan. Jangan pernah sesekali berubah kerana manusia. Kerana ia bersifat sementara. Bila hati mula memberontak maka padahlah jawabnya.

Sekian.

No comments: