Sunday, September 14, 2014

From Shah Alam To Muar To Senawang

Tajuk kemain nak berEnglish bagai. Tapi isinya kompemlah bahasa melayu. Hehehe.. Oleh kerana aku telah membuat orang lain gembira, maka aku dengan automatiknya menjadi gembira dan super excited nak upload cerita ni. Masih panas diingatan i'olls gitu.

Permulaan cerita dengan aku mendapat jemputan majlis pernikahan oleh dua orang kawan yang kebetulannya jatuh pada hari yang sama. Aku putuskan untuk menghadirkan diri ke Muar dan terpaksalah aku kecewakan ex colleague aku. Biasalah perancangan manusiakan berubah-rubah.

Niat hati memang nak ke Muar sahaja. Maklumlah aku pergi dengan orang jadi tak boleh la nak mengarah-ngarah orang sesuka hati aku. Dan tanpa disangka aku mampu bahagikan masa aku untuk hadirkan diri ke majlis kedua-dua kawan aku.

Muar.. Majlis kawan kepada kawan-kawan aku. Aku langsung tak cakap yang aku nak hadirkan diri ke majlis dia. Oke, her name is Nurul Najihah. Used to called Jah or Joe. Bila berdepan selalunya aku akan panggil dia Joe lah, bila kat belakang-belakang aku selalu panggil dia Jah. *alamak, kantoi nanti* hehehehe.

Aku dengan memang tak pernah jejak kaki ke Muar dan dengan niat nak buat surprise kat Joe, alih-alih aku yang kena surprise sebab diorang sanding pukul 2 petang. Nasib baiklah kali ni google maps sangat membantu. Mulanya niat nak tunggu tapi memandangkan keadaan agak panas dan dengan rasa berdebarnya hati aku ni aku terpaksa jugak call Joe untuk bagitahu yang aku ada kat majlis dia ni. Dan oleh kerana tak nak kecewakan hati seorang kawan maka aku melawatlah dia kat rumah sebelum aku bergerak balik. Mestilah aku happy bila tengok kawan aku dah jadi isteri orang. Dah mekap cantik-cantik mana boleh nangiskan. Jadi tahan je lah rasa terharu tu. You are so beautiful on your big day beb.




 Senawang. Berbantukan google maps lagi, aku berjaya sampai ke kenduri Hafiz. Walaupun dia bukan lagi staff STE tapi, kami semua masih lagi bersama dalam hubungan silaturrahim kerana Allah.

Hafiz dan Illi, adalah pasangan yang sangat sempoi dan bersahaja. Gaya mereka yang sangat cool dan sangat-sangat sweet bagi aku. Mereka berdua ni bertemu saat masing-masing hadirkan diri dalam satu kursus. Dari situ kenal pastu menyulam cinta, bertunang dan sekarang dah berkahwin. Hafiz, bukan seorang lelaki yang suka mencipta ayat bunga-bunga. Tapi dia sangat penyayang dan baik hati. Selalu memenuhkan perut kami dengan makanan sebab dia sendiri pun suka makan. Hehehe.


























Aku sangat gembira sebab aku telah berjaya tunaikan permintaan kedua kawan aku pada hari istimewa mereka. Mudah-mudahan para suami-suami ni tak lupa tarikh yang sangat penting ni dalam hubungan suami isteri mereka.

Dah lama tak expose gambar sendiri dalam belog. Gaya mak mak sangat! Mohon jangan murung ataupun muntah oke.


Sekian.

No comments: