Tuesday, September 30, 2014

Pengorbanan

Entri kali ini langsung tak ada kena mengena dengan Hari Raya Qurban. Cuma entri yang dah lama bertapuk dalam kepala. Yang terpaksa disimpan oleh kerana ada banyak sebab untuk tidak di publish sebelum ini.

Dalam hidup, bermacam pengorbanan yang ada. Salah satunya adalah pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak. Yang tak pernah lelah untuk berhabis demi melihat anak-anak berjaya. Dan pengorbanan yang tidak langsung diminta balasan.

Dalam hidup aku, pengorbanan emak dan ayah dalam membesarkan aku dari bayi hinggalah sekarang sangatlah berharga. Mungkin sewaktu aku masih kanak-kanak aku tak langsung faham apa maksud pengorbanan. Semenjak aku menginjak dewasa aku mula faham apa maksud sebenar pengorbanan.

Bagi aku.. Korbankan rasa demi menjaga hati orang tua adalah berbaloi. Jika nak dibandingkan dengan apa yang telah emak dan ayah korbankan untuk aku dan abang dan noyien.

Awalnya terbit juga rasa kecewa dalam diri, tapi bila dikenang buat apa aku hidup kalau aku tak mampu nak menyenangkan hati orang tua? Aku bertekad untuk bahagiakan kedua emak dan ayah dengan semampu dan sedaya aku. Mungkin aku masih belum mampu untuk memewahkan mereka dengan wang ringgit. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba menjadi yang terbaik untuk mereka.

Apalah erti hidup aku tanpa rasa hormat dan cinta kepada kedua emak dan ayah aku. Mungkin dulu... Aku tak hargai semua ini. Tapi kini, aku cuba untuk tebus kembali segala kesilapan hidup aku yang dahulu. Meminggirkan perasaan sendiri demi kebahagiaan mereka. Kerana aku sayangkan emak dan ayah. Aku nak jadi anak yang solehah. Aku tak nak jadi anak yang derharka dan aku pun tak nak orang lain jadi anak derhaka sebab aku.

Kerana aku sayangkan semuanya aku korbankan segala perasaan aku. Mungkin orang lain tak memahami. Demi untuk melihat orang tua aku dan orang lain bahagia. Aku sanggup.

Entri ini bukan untuk mengeluh dengan perbuatan aku. Aku hanya nak nyatakan yang pengorbanan itu perlu demi mencapai sesuatu kejayaan. Aku korbankan segala rasa aku untuk menjadi orang yang lebih baik dan berjaya dan demi mendapat redha kedua emak dan ayah aku.

Disetiap kejayaan pasti akan ada satu pengorbanan. Dan mungkin inilah pengorbanan aku untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dan bahagia.

Sekian.

No comments: