Wednesday, October 22, 2014

Nur Lembah Pangsun ECO-Resort

Heningnya BELOG ini.. sehening perjalanan hidup ku kebelakangan ini. Semenjak bertukar position kerja ni aku mengalami kemurungan sedikit. Kerana terlalu banyak perkara yang aku tak tahu pasal PROCUREMENT. Kalau dulu, aku sering bergaduh kecil dengan orang yang aku ganti sekarang sebab tak faham kerja operation. Sebab selalu menekan-nekan kami. Dan sekarang, aku yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan semua perkara berkenaan dengan procurement. Sedikit kecewa sebab aku memang langsung tak berminat dengan hal yang berkaitan documentation ni. Hati asyik dok berbolak balik sahaja. Hari-hari berfikir nak teruskan ke atau nak pergi.

Dan sehinggalah... Syarikat aku menganjurkan TEAMBUILDING untuk Shared Services *combine IT, HR dan Legal* barulah aku tersedar sedikit dari buaian perasaan aku yang langsung tak nak menerima hakikat yang aku di pertanggungjawabkan untuk menjaga amanah ini. Terus aku jadi bersemangat seperti dulu untuk kembali bekerja dan menyelesaikan segala tugasan aku.

Walaupun aku dengan hati yang sangat berat nak menapak ke Nur Lembah Pangsun Eco-Resort ni, dengan keadaan kesihatan yang kurang baik aku pergi jua. Demi menjaga hati-hati boss dan juga hati kawan-kawan sekerja yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk aku selama ini.


Jadi dengan itu, bermulalah pengalaman selama 2 hari setengah menjalani team building disini.

Hari Pertama : 

17 October 2014

Pertama sekali kami semua seramai 29 orang *yang asalnya 40 orang* menaiki bus yang telah disediakan untuk ke sana. Oleh kerana hujan yang amat lebat kami semua terpaksa menangguhkan perjalanan dari pukul 3 kepada pukul 4.

Sesampai disana, semua orang dikehendaki membawa semua barangan masing-masing ke dewan kuliah sebelum dibenarkan untuk check in bilik. Di sebabkan kelewatan maka semuanya jadi agak kelam kabut sedikit. Ada aktiviti yang patut kami lakukan pada petang tu tapi terpaksa dibatalkan.

Aktiviti malam bermula sekitar jam 9 malam. Untuk pertama kalinya aku menyertai Nite Walk. Maklumlah, zaman muda remaja dulu bukannya rajin sangat nak menyertai aktiviti lasak sebegini. Memandangkan aku dah terbiasa berada dalam gelap, jadi ketakutan tu agak kurang sedikit. Kerana kesihatan aku kurang baik, jadi aku meminta pengecualian untuk naik bukit malam-malam. Tapi sayang... Trainer aku terlampau baik hati untuk mengecualikan aku dari sebarang aktiviti yang dilakukan. Jadi, hanya berdoa dan tawakal sahaja dalam hati agar aku tidak apa-apa.

Sepanjang aktiviti nite walk berjalan, setiap kumpulan dipertangunggjawabkan untuk membawa turun 6 biji telur yang dimasukkan kedalam plastik. Setiap plastik mempunyai 2 biji telur tembelang. Dengan keadaan hujan renyai-renyai dan bermacam bunyi unggas hutan. Dalam fikiran  aku cuma satu, PACAT! oh tidak... haiwan yang paling menggelikan aku. Bernasib baik dapat turun awal sebab aku batuk tanpa henti. Dan hampir tersalah jalan sebab tak biasa dengan keadaan hutan tu. hehehe...

Aktiviti pertama selesai sekitar jam 12.15 malam. Balik bilik makan ubat dan tidur.


Hari Kedua :

18 October 2014

Waktu pagi haruslah dimulakan dengan senaman. Senaman yang agak extreme sebab kena jogging naik bukit. Fuhhh.... rasa umpama nak putus nyawa. Mata aku ni sambil berlari sempat lagi memandang sekeliling. Outdoors yang assist kami tu semuanya hensem-hensem ok! jadi kenalah cover kepenatan tu. hehehe...

Aktiviti yang paling famous amous abad ini untuk mengisi masa terluang adalah SELFIE. Sebelum masuk dewan inilah dia... Belanja siket. :D








Selesai senaman, makan pagi dan masuk kelas untuk briefing sedikit. Kami memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu repelling dan archery. Aku pernah main wall climbing dan serba sedikit tentang repelling dan cara nak turun macam mana. Cuma aku gayat. Dalam hidup aku, berpegang pada satu kata "kalau perkara kecil macam ni pun aku tak mampu nak atasi, macam mana aku nak hadapi hidup yang penuh dengan dugaan ni" jadi, aku beranikan diri. Walaupun gayat aku masih mampu berpegang pada papan-papan disitu. Alhamdulillah aku berjaya atasi. Walaupun mengalami sedikit kesukaran pada pertengahan jalan untuk turun. Pertama kerana wall tu licin dan kedua kerana tudung aku terselit celah tali. rasa tersangat bahaya masa tu. Nasib aku mampu kawal emosi supaya tak panik. Dan alhamdulillah aku berjaya sampai ke bawah juga.



Antara mereka yang sanggup untuk naik kali kedua.. huhuhu. Berpeluh tangan bila ingatkan kejadian ini. NGERI!!!

Aktiviti kedua selepas repelling adalah archery. Pertama kali aku mencuba juga dalam hidup. Walaupun aku tak diberi tunjuk ajar oleh mereka, dan tidak sampai target merah sekurang-kurangnya aku tak tersasarkan anak panah tu ke hutan. hehehe... hanya 1 batang anak panah je tersasar. Itu kerana ditegur oleh trainer yang hensem. Alahai, lemah jiwa tau! :D

*maaf gambar untuk aktiviti archery langsung tak ada dalam simpanan sebab kami semua adalah dilarang untuk membawa telefon*

Aktiviti petang pula, Explorace. Ini memang sangat mencabar akal dan ketahan diri. Dengan nak baca maps sambil berlari dan mendaki bukit dan selfie. Sebab arahan pada setiap kada macam gitu. Layankan ajelah. Dalam task ni kumpulan aku mendapat tempat kedua, oleh kerana berlaku sedikit kesilapan teknikal. Tak apa.. kami redha. Yang penting semua enjoy!

Aktiviti petang yang terakhir pada hari kedua adalah... berakit-rakit ke hulu dan berakit-rakit ke hilir. Mencabar kesabaran sebab nak mendayung sambil nak mengutip telur-telur yang di hanyutkan ke dalam tasik.

Nasib la kami semua ni... dapat trainer yang teramat loyar buruk. Jadi, gelak ajelah sambil tangan ke bahu mata ke atas.

Niat kami semua bukan untuk menang. Semuanya untuk bergembira. Menang kalah belakang kira.

Aktiviti malam hari, adalah karaoke. Aktiviti persembahan untuk kumpulan. Aku mulanya jejak masuk ke bilik karaoke terus tertarik untuk memilih lagu dan dipanggil oleh boss untuk memikirkan persembahan kumpulan. Aku kasi ajelah idea nyanyi lagu P Ramlee sambil menari ikut suka hati. Memanglah malu, tapi kena buang rasa malu tu sebab nak buktikan kami mampu buat. hehehe... Aktiviti berakhir sekitar jam 1 pagi. Mata menahan je sambil dok mengarok lagu bermacam-macam. Sambil suara serak sambil mengarok. Peduli la.. suara sumbang pun nyanyi sahaja..


Video selitan yang memang sentiasa mengagumkan. Idea yang sangat bernas dari seorang boss.


Hari Ketiga : 

18 October 2014

Hari terakhir kami untuk melasakkan diri. Permulaan dengan senaman pagi dan permainan shoulder to shoulder. Permainan yang bunyinya tersangat comel. Dan hukuman bagi orang yang tersingkir adalah.......




Ejaan nama company kami. Merana la siket sebab trainer tu mendera. Tapi memang terbaik!


Seterusnya, aktiviti paling rare untuk aku abad ini. SURVIVOR! Sebenarnya tak adalah survivor sangat sebab bukan masuk hutan pun.







Aku dah kehilangan idea untuk explain lebih-lebih. Sebab upload entri dalam keadaan kurang senang. Jadi layankanlah sebarang gambar yang aku letak.







Oke... sebelum korang muntah sebab terlampau banyak gambar kumpulan aku. Sila tahan dulu. Setelah bersusah payah melawat kesihatan yang kurang baik. Akhirnya, berbaloi-baloi sebab kumpulan kami adalah JUARA. hehehe... Ok, sekarang dah boleh muntah. :D




Selesai sesi penyampaian hadiah sesi bergambar pun bermulalah. Aku request untuk jurugambar kami shoot gambar kami dengan cara yang paling terbaik... Maka hasilnya seperti ini




 

 


Juru kamera yang sangat friendly dan sangat-sangat professional. Sangat sanggup melayan kami*itu yang penting*. Mohon korang melawat page IG dia : @hzpimage dan facebook : Haziq Zohri. Facebook korang kena add friend atau pun kalau tak nak pun boleh, hanya tekan button follow.

Pengalaman yang tersangat menarik setakat ini bagi aku. Walaupun secara jujur aku cuba untuk mengelat nak pergi ke sana. Akhirnya, pengalaman ini memang tak dapat aku nak beli kat mana-mana. Sungguh berharga dan sungguh dapat menyedarkan aku tentang... UKHWAH! Terima kasih untuk pengalaman ini.

Sekian..

No comments: