Thursday, November 27, 2014

Kenangan KUANTAN

Oh... betapa aku rindukan KUANTAN. seriously rindu tahap yang memang tak boleh nak bendung lagi. Kebetulan pulak dapat peluang untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen adik aku yang seorang ni, Jadi dengan berkobar-kobar kakak dia ni merancang. Perancangan mulanya nak menaiki bas sahaja tapi, ditukar last-last minit sebab malas nak bertukar train untuk menaiki bas.

Perancangannya nak ke sana pada hari Jumaat selepas waktu tengah hari tapi berubah menjadi Khamis petang. Edisi membawa lari diri sendiri. Biasalah, sindrom PMS. Bertolak dari Shah Alam sekitar jam 4 petang dalam keadaan hujan yang agak lebat dan sampai di Kuantan sekitar jam 8 malam.

Oleh kerana dah terlampau lama tinggalkan Kuantan, jalan-jalan mula dilupai. Tak termasuk lagi dengan jalan yang dah pun berubah dari dua hala ke satu hala. Nasiblah adik aku ni pandai buat keputusan untuk mencari sebuah homestay di kawasan yang mudah untuk dicari. Alhamdulillah selamat sampai.

Tak lengkaplah kalau pergi berjalan semata-mata nak tidur je kan? Buat apa aku larikan diri kalau setakat nak pergi tidur je. Jadi aktiviti bermula sekitar jam 9 malam. Tujuannya adalah makan-makan. Pertama kali aku berjumpa dengan kawan adik aku yang memang dah lama nak sangat jumpa aku depan-depan. Muka dia pulak yang terlampau eksited! aku, berlagak biasa-biasa je.. hehehehe

Biasalah bila lama dah tak jumpa masing-masing mulalah nak bermanja-manja. Dah memang tabiat perempuan kot aku rasa asal jumpa nak menjerit. Konon sebab dah lama tak jumpa. Hehehe.. untunglah aku bukan yang jenis begitu.

Edisi makan burger bakar yang tahap sedap tak ingat kata adik aku. Order punyalah banyak diorang ni, umpama tak makan berhari-hari. Aku yang dari pagi sampai ke malam tak makan pun tak melampau macam diorang-diorang. Jadi, pada hari berkenaan diet aku hancur! banyak kalori telah berjaya masuk ke dalam badan aku ni.












Hari Jumaat. Hari yang memang aku tersangat suka. Hari yang penuh berkat dan penuh dengan ketenangan. Berada di Kuantan tak sah jika tak pergi melawat eyes of Kuantan iaitu Teluk Cempedak. Bersemangat dua beradik pepagi lagi bangun untuk menghirup udara segar pantai lah konon.
















Selesai buat aktiviti berjalan, jogging dan melihat alam sekitar kami teruskan aktivit seterusnya iaitu bersarapan pagi. Kali ini bergerak ke Taman Gelora untuk makan nasi minyak di pagi hari sebelum meneruskan aktiviti mengambil jubah diorang ni.

Adik aku, seperti biasa bukan dia kisah pun kalau orang sekeliling nak mengutuk dia ke apa. Yang penting dia selesa dengan diri dia. Oke, kalaulah perasan adik aku pakai seluar kain pelikat pergi ke pantai dan bersarapan. Lepas tu baru dia balik tukar seluar jeans sebab nak terus pergi ambil jubah selepas sarapan. Maklumlah aktiviti kami tersangatlah padat. Nak berjalan-jalan lagi. Petangnya adik aku nak raptai lagi..





Aku ketika ini masih berseluar track dan berkasut sukan. hahaha... Perkara yang selalu aku akan lalui bila aku berada kat tempat yang adik aku ada adalah..... diorang akan tegur aku dan aku buat tak tau. Sebab aku kalau tak kenal orang, bukan jenis nak sembang-sembang. Last-last aku panggil adik aku sendiri barulah settel masalah. huhuhu... *Orang yang tak suka bergaul dengan orang memang macam gini perangainya!*

Selesai sesi pengambilan jubah, kami gerak balik homestay mandi*maklumlah keluar jogging+bersarapan+ambik jubah dalam keadaan belum mandi* sebelum keluar berjalan. Tak adalah jalan sangat pun cuma mencari barang keperluan aje. Sebelah petang, sewaktu adik aku sibuk beraptai aku hanya menunggu emak dan ayah di dalam bilik homestay sambil membalas email-email kerja. Lari sangat dari kerja, padanlah muka! :P
















Oke, hari yang di nanti tiba! Aku terlebih eksited untuk adik aku. Rasa terharu sebab diberi peluang untuk masuk sekali memeriahkan dewan. Sekarang aku faham apa perasaan emak dan ayah bila dapat melihat anak-anak diorang berjaya. Walaupun tak dapat pointer yang hebat cukuplah sekadar anak berjaya tamatkan pelajaran. Aku rasa sangat berbaloi aku paksakan diri untuk datang ke sini dan bersama keluarga aku untuk cuti yang singkat ini. Alhamdulillah.

Selesai majlis, masa nak berpisah tu... ayah tanya kami dah nak balik ke? Adik aku jawab, ayah rindu ayien eh sebab dapat jumpa kejap je kan? ayah hanya senyum. Maksud senyum tu kami tahu. Dah lama kami sekeluarga tak bersama begini. Insha-Allah suatu hari nanti jika ada peluang kita akan bersama-sama bercuti lagi.

Berat hati nak tinggalkan Kuantan kali ni. Hati rasa macam dah nak stay sana tak nak balik lagi ke Shah Alam. Sampai sanggup aku singgah benteng sekejap semata-mata nak ambil gambar signboard KUANTAN walaupun dalam keadaan hujan. Gigih sungguh! Sebab tak nak nanti hati dok teringin je nak kembali ke sana bila hajat tak tertunai sepenuhnya.


Perjalanan bertolak balik ke Shah Alam bermula dan tiba-tiba sewaktu nak berhenti di RnR Maran... Dari jauh lagi hati dok berdebar semacam. Entah apa perkara yang tak elok ke apa akan jadi. Sambil dok tarik hembus nafas tu nak kasi stabil jantung dengan tiba-tiba jantung kencang berdegup bila toleh ke kiri terus nampak sesuatu. Hehehehe.... Ok tu je.


Sekian. :D


No comments: