Sunday, January 04, 2015

This Is Called 'PENGALAMAN'

**ENTRI INI SEPATUTNYA UPDATE PADA HARI TERAKHIR 2014, KERANA MEGALAMI MASALAH TEKNIKAL YANG BOLEH DIELAKKAN SEBENARNYA TERPAKSA UPDATE PADA BULAN JANUARI 2015**


Akhirnya sampai juga ke hari terakhir di tahun 2014 ini. Sepanjang tahun bermacam perkara yang berlaku yang semua pun sedia maklum dan rasanya tak perlu aku nyatakan kerana ia melibatkan sensitiviti kemanusian.

Banyak perubahan yang berlaku dan banyak jugak tanggung jawab yang digalas. Seumpama kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bukan sekadar tanggung jawab kepada diri tanggung jawab kepada kedua ibu bapa dan keadaan sekeliling.

Seminggu lepas, ketika cuti umum sempena Krismas aku telah pun membawa diri pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggung jawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa. Pulang melawat mereka walaupun setiap bulan aktiviti ini yang aku lakukan, aku tetap akan berasa rindu untuk berada disisi mereka.*apahal la ayat skema ni*

Oleh kerana banjir yang melanda Kelantan, aku telah menggunakan jalan alternatif mengikut LPT dan seterusnya mengikut jalan Kuala Teregganu(jalan pantai). Dalam perjalanan pulang banyak tempat yang air dah pun surut cuma air masih lagi berada di bahu jalan. Kali ini aku mengelat untuk tak bawak kereta, untuk tak memandu kereta dengan alasan aku demam. Hanya menjadi co-driver yang memberi arahan petunjuk jalan yang BENAR! :P

Perjalanan kami bermula dari pukul 5.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman walaupun dengan dugaan yang macam-macam. Sambil membebel sambil bercerita sambil menahan mengantuk. Driverlah yang paling bising sebab dia kena drive straight dari Damansara ke Kelantan. Macam aku kisah, selalu aku kena dera kali ni aku pulak yang mendera.

Selama 4 hari*actually 3 hari setengah* berada di kampung, dengan keadaan hujan kadang-kadang turun dan keadaan banjir yang makin teruk di kawasan Kota Bharu, Kuala Krai, Gua Musang. Hati pun turut berasa gundah dan sedih mengenangkan nasib mereka. Setiap masa tengok berita nak tahu keadaan mereka. Setiap saat hati berdoa supaya air surut dan keadaan mereka semua selamat.

Setiap saat juga tengok update jalan mana yang boleh dilalui. Sesampai hari yang patut kami pulang ke Selangor, saat itu jugalah kami menerima perkhabaran air telah pun membanjiri LPT Temerloh. Terus rasa hang otak, terus rasa jiwa kacau dan meronta-ronta. Mencari jalan untuk pulang memikul tanggungjawab sebagai pekerja. Jadi, terpaksa kami tangguhkan perjalanan sehari atas sebab faktor keselamatan. Jumpa jalan alternatif pun dah tengah hari.

Esoknya sekitar jam 9.30 pagi, kami bergerak ke Selangor mengikuti jalan alternatif. Dari Kelantan, kami masuk LPT 2 straight ke Gambang. Adalah aktiviti masuk keluar highway macam balik hari tu. Kali ini bukan sebab air melimpahi jalan tapi sebab LPT 2 masih banyak jalan yang belum dibuka. Aku mula bawak kereta dari Gambang hingga ke Damansara. Kali ini tiada pengecualian walaupun alasan demam digunakan. Kejam sungguh hati mu....!

Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia & JKR Malaysia

Perjalanan kami mengikut jalan yang di beri oleh LLM dan juga JKR. Memang jauh dan mengambil masa 12 Jam perjalanan. Nasiblah ramai yang nak balik Selangor jadi jalan tak adalah sunyi sangat. Jalan yang memang aku tak pernah terfikir untuk lalui. Huishhh.... banyak lubang dan banyak juga ladang kelapa sawit. Tengah hari, kami dapat info yang jalan Gua Musang dah boleh dilalui oleh semua kenderaan. :(

Selang 2 hari selepas kejadian balik kampung tu, aku plan lagi untuk pulang ke kampung, memandangkan jalan Gua Musang dah boleh dilalui oleh semua kenderaan, tapi mengenangkan jalan yang rosak teruk dan juga janji aku pada seorang kawan. Aku usahakan juga untuk mencari jalan yang paling alternatif dan paling dekat untuk aku ke Kuantan. Dari hari selasa, sampai ke rabu malam aku usaha untuk bertanyakan dengan LLM dan juga tengok update daripada JKR. Aku hampir putus asa pada hari rabu malam tu. Malam dimana orang lain sibuk dengan tahun baru, aku sibukkan diri mencari jalan alternatif sampai aku pun terlupa yang esoknya adalah tahun 2015.

Alhamdulillah, dengan kesabaran dan usaha yang agak gigih aku dapat route baru untuk jalan ke Kuantan. Sebelum tu, aku dah memang hampir putus asa dan paksa diri untuk redha. Oleh kerana tak puas hati, aku telefon JKR sendiri tanya dan mesej pihak LLM sendiri dengan route jalan yang aku dapat dari salah seorang pengguna FB. Nak melalui jalan yang aku tak pernah tahu ni, mestilah aku kena dapatkan pengesahan dari pihak berwajib. Tak pasal-pasal aku main hentam je jalan kang kena patah balik sebab jalan tutup.

Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia & JKR Malaysia
                                      
Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia & JKR Malaysia
Setelah mendapat info yang sahih dari pihak berwajib aku nekadkan hati dan diri. Tak boleh mengalah sebelum mencuba. Bergerak dari Shah Alam pukul 5.30. Bawak kereta dengan keadaan rileks dan menikmati perjalanan sambil berhenti banyak tempat sebelum masuk simpang Jerantut. Jam 8.45 lebih kurang aku mula memasuki simpang ke Jerantut sampai di Gambang sekitar jam 12.30. Lebih kurang 5 jam perjalanan melalui jalan dalam dan kawasan felda. Yang paling best adalah kawasan tak ada langsung kereta melintas. Aku hanya bergantung pada signboard sahaja. Memandangkan line telefon dan internet tak ada. Aku nekadkan juga hati jalan walaupun aku tak tahu aku dah kemana-mana. Nasib aku baik sebab minyak kereta penuh tangki. Jadi tak adalah aku risau sangat walaupun sebenarnya risau jugak. :D

Aku memang tak tahu aku melalui jalan mana sampai aku jumpa signboard bandar Maran dan nampak lagi signboard LPT. Lega hati bila dan jumpa banyak kereta atas jalan raya. Bukan apa sebenarnya, aku takut aku sesat entah kemana-mana. Sampai di Gambang aku berhenti kejap, sejukkan enjin kereta sambil tunggu kawan aku datang untuk pulang ke kampung halaman.

Setelah hampir sejam berlalu... tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari kawan aku yang meminta aku untuk mengambil dia di Muadzam. Hehehe... Senang cerita, aku memang menghabiskan cuti tahun baru aku dengan menjelajah negeri Pahang. Pergi Muadzham pastu lepak minum air kejap, terus gerak balik Kelantan. Dari jam 5 pagi sampai jam 9.30 malam perjalanan aku. Tak rasa letih, rasa best sangat sebab aku tak pernak pun fikir yang aku mampu untuk mengahadapi situasi begini.

Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia & JKR Malaysia


Tiba hari untuk pulang ke Shah Alam kali ini aku bersorangan tanpa co-driver dan aku dapat info dari LLM sekali lagi bahawa LPT 1 dah boleh dilalui oleh semua kenderaan. Syukur sangat sebab aku memang kalau boleh buat masa terdekat ini tak nak melalui jalan Gua Musang. Alhamdulillah, bertolak dari kampung pukul 10.45 pagi sampai Shah Alam pukul 6.30 petang. Untuk pertama kalinya aku berjaya sampai di Shah Alam pada waktu siang.

Oke, sekarang jari dan tangan dah lenguh menaip, masa untuk fokus pada kerja. Maaflah andai terbosan baca entri panjang-panjang begini. Aku ni jenis manusia yang suka combine, jimat masa dan tenaga aku dikemudian hari. 

Sekian.

No comments: