Wednesday, May 06, 2015

Kemaskini Kehidupan

Sudah lama tidak menghabiskan masa untuk menulis diruangan ini. Sebenarnya terlampau banyak perkara yang aku rasa nak update tapi perasaan malas lebih menguasai diri. Lebihkan masa untuk membaca, berjalan dan makan. Terapi diri katanya.

Semenjak aku mula belajar untuk meletakkan diri dalam apa jua keadaan, bermacam perkara yang aku jumpa. Orang pun apa lagi, bermacam cara bermacam kerenah, bermacam-macam lagilah. Aku anggap semua itu adalah ujian untuk aku untuk jadi manusia yang lebih baik. Tapi.... macam tak baik-baik aje aku rasa. Huhuhu

Satu perkara yang aku mula perasan dengan sikap aku. Berdiam lebih baik. Kalau dulu, aku akan cepat marah dan melatah apabila ditegur. Sekarang, aku dah mula belajar untuk bercakap bila perlu. Biasalah bila dah meningkat dewasa ni, pemikiran pun semakin berubah. Dah, lupakan perkara ini.

Aku tak tahu macam mana nak mula bercerita berkenaan kehidupan aku sekarang. Aku rasa semuanya ok. Walaupun kadang-kadang bermacam perkara yang jadi dalam suatu masa. Tapi hadap aje la. Hidup bukan seperti yang kita nak aje. Kadang akan jadi sebaliknya. Itulah namanya kehidupan.

Dari segi kerja, semuanya sekarang semakin baik untuk aku. Alhamdulillah. Aku sudah mula menerima kenyataan bahawa apa yang aku inginkan bukan sejajar dengan perjalanan kehidupan aku. Aku belajar dan terus belajar untuk ubah diri kepada yang lebih baik. *macam puji diri sendiri je ni*. Dalam masa yang sama aku mencari peluang untuk bertukar tempat kerja. Nak cuba uji keupayaan diri sendiri.

Percintaan. Kisah yang memang semua orang inginkan. Untuk aku, perkara yang paling baik adalah berserah dan redha. Insha-Allah Allah akan jaga hati aku. Aku tak ada perancangan yang rapi untuk hal ini. Terima aje apa yang jadi. Hati dah mula malas nak simpan apa-apa rasa istimewa kepada yang belum sah.

Keluarga. Perkara yang paling membuatkan aku selalu sayu hati. Terlalu banyak pengorbanan yang kedua emak dan ayah lakukan untuk aku. Tapi satu pun aku tak mampu nak balas. Aku berusaha untuk menyenangkan hati kedua emak dan ayah dengan tak melakukan perkara yang boleh melukakan hati mereka. Sentiasa update kehidupan seharian aku bersama mereka. Dan selalu pulang melawat mereka jika punya masa terluang. Aku berharap suatu hari nanti aku mampu hidup bersama mereka sehingga ke akhir hayat mereka.

Persahabatan. Aku dan Dayah semakin jauh sekarang. Mungkin kerana masing-masing semakin sibuk dengan urusan sendiri. Kadang kita memerlukan masa untuk berfikir sendiri. Aku rasa diri aku perlukan masa itu. Aku juga merasakan Dayah dah mula jadi orang yang aku kurang kenal perangainya. Aku sedar dia jadi begitu kerana keadaan sekeliling dia. Aku faham, dia paksa diri dia untuk jadi manusia yang berhati keras. Aku kenal dia luar dan dalam. Aku tahu dia dan aku tak pernah berkecil hati dengan setiap teguran dan pandangan dia. Kerana dalam jatuh dan bangun aku dia sentiasa ada selain keluarga. Oh, rindu!

Mungkin semua yang aku rasa ini tak akan bertahan lama, jadi aku cuba untuk menikmati segala rasa dan nikmat yang ada ini. Belajar menerima segala ketentuan walaupun kadang hati berat dan membantah.

Ada masa kita akan rasa tersempit dan terhimpit. Ada masa kita akan rasa kehilangan. Ada masa kita akan rasa, i need you more than anything. Hehehe...

Sekian. :D

No comments: