Monday, July 06, 2015

Tips berjumpa keluarga bakal mertua

Memandangkan hari raya semakin dekat dan Ramadhan pula dengan perlahan mula meninggalkan kita aku nak lah menaip satu entri berkenaan dengan tips pertama kali berjumpa dengan keluarga "future husband". Manalah tahu boleh diguna pakai bagi pasangan yang baru nak mula mengajak kekasih hati berjumpa dengan keluarga. Selamat membaca..


1. Selesakan diri
Kalau korang terpaksa bermalam di rumah mereka, paksalah diri untuk menjadi selesa. Kerana bila korang rasa selesa tak adalah menggelabah dan terjadi adegan yang tak diingini.

2. Jauhkan diri dari pasangan
Hormatlah siket, bertandang ke rumah bakal mertua yang ada segala adik beradik dan emak ayah jadi janganlah nak menggedik.

3. Peramah
Tapi janganlah sampai menyampuk apa yang orang tengah bincangkan. Pasang telinga dan dengar dengan bersungguh-sungguh je. Kalau orang tanya barulah jawab

4. Senyum
Janganlah kedekut untuk senyum. Orang kata dari senyum boleh wujudkan satu perasaan yang selesa dan silap-silap boleh jadi kamcing. Tapi janganlah nak senyum sampai dah jadi kerang busuk. Ikut kesesuaian keadaan lah.

5. Jangan menggelabah dan tunjuk pandai
Kalau tak tahu silalah tanya. Orang tua selalu pesan malu bertanya sesat jalan. Rasanya tak adanya korang kena marah kalau tak tahu kat mana tempat simpannya gula. Maklumlah pertama kali kan.

6. Rajinkan diri
Kalau biasa korang kalau berada di rumah memang pemalas yang amat, tapi bila berada di rumah orang tolonglah rajinkan diri.

Rasanya cukuplah dulu  tips-tips merapu dari aku. Selamat mencuba..

Sekian. :)


No comments: