Sunday, August 23, 2015

Tips mengelak soalan Cepucemas!

Tiba-tiba di hari Isnin ini rasa seperti nak menulis tips yang aku selalu praktikkan untuk mengelak mendengar dan menjawab soalan cepucemas. Tak kiralah dalam apa jua situasi. Hal ini adalah baik untuk menjaga hati sendiri dan juga orang sekeliling. Selamat mencuba... :)

1. Kalau ada majlis kenduri kahwin sanak saudara silalah korang buat-buat sibuk ada hal kat luar dan perlu segera pulang. Lepas hantar emak korang, salam dan terus mohon untuk beredar sebab nak uruskan hal yang penting. Pandai-pandailah cipta alasan supaya tak kecikkan hati mana-mana pihak.

2. Sebelum hadirkan diri ke majlis perkahwinan korang boleh sarungkan cincin emas yang ada batu sebiji seumpama cincin tunang gitu. Jadi kuranglah siket niat orang nak bertanyakan soalan cepucemas tu.

3. Apabila ada ahli keluarga atau sesiapa yang cuba untuk mulakan isu soalan cepucemas korang boleh cuba untuk tukar topik dengan secara natural. Alihkan lah siket topik tu kepada topik yang diorang cuba bincangkan. Nasib baik korang terselamatlah, nasib kurang baik korang mendapatlah.

4. Selain itu, korang boleh cuba jadikan diri korang seumpama kelihatan seperti muda remaja yang masih bersekolah menengah. Paling menipu pun cubalah jadi seorang yang kelihatan seperti gaya mak-mak. Tapi version yang vougue gitu.

5. Setelah  mencuba segala tips di atas tapi korang masih di asak dengan pertanyaan cepucemas korang cubalah jadi positif dan senyum semanis mungkin. Setiap kali ditanya korang senyum, aku sangat yakin mereka pasti akan rasa fed-up untuk ajukan soalan cepucemas tu pada korang.(boleh juga dipraktikkan untuk pasangan yang masih belum mempunyai anak)


Dan kita kena selalu ingatkan diri sendiri bahawa manusia ni takkan pernah habis dengan pertanyaan. Mengelak macam mana sekali pun pasti suatu hari nanti akan terkena juga. Jadi, cubalah untuk tidak bertanyakan orang lain soalan cepucemas sebegini. Semoga hati kita semua terjaga dan terpelihara...

Sekian. :)

No comments: