Wednesday, September 02, 2015

Percutian.... Pulau Langkawi Part 1,2,3 dan seterusnya

Cerita yang dah beberapa bulan berlalu dan aku baru bermood nak menulis. Sebenarnya mood untuk menaip cerita yang super excited ni adalah tak berapa nak excited seperti percutian yang aku alami tu. Sebab itu lah selepas beberapa bulan baru nak terhegeh-hegeh mengupload segala jenis gambar dan cerita.

Percutian ini bukanlah satu perancangan aku pun. Asalnya bertujuan untuk melayan kehendak seorang sahabat baik yang tak pernah walau sekali menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Oleh kerana dia terlampau beria mengajak dan sanggup menguruskan segala hal termasuk membeli tiket kapal terbang untuk ke sana. Kali ini kami bukan berdua tapi bertiga. Tiket flight dibeli lebih kurang setahun sebelum bercuti. Hehehehehe.. nak tambang murah katanya.

Percutian bermula pada 10 Mac 2015, sehari selepas aku balik dari family day di Melaka. Yang agak tragis sehari sebelum bergerak ke Langkawi aku telah mengalami keracunan makanan. Pengalaman pertama keracunan makanan. Gigihkan diri walaupun tak larat ke klinik dan makan ubat ikut aturan sebab tak nak spoilkan mood bercuti esok harinya. Terus fobia untuk makan sebarang makanan pedas. Huhuhuhu. Alhamdulillah, keesokkan harinya aku sihat seperti biasa dan selera makan pun macam hantu sebab satu hari tak makan. Hahahaha.

Info awal aku dapat berkenaan penerbangan kami adalah pada pukul 2 petang. Jadi aku mulalah mengatur masa dengan bijak sebab tak nak lah nanti terlambat sampai. Aku lebih suka sampai awal dari tergopoh-gopoh mengejar masa. Perjalanan dari Shah Alam bermula pukul 11 pagi. Aku menggunakan perkhidmatan KTM untuk ke KL Sentral sebelum naik bas ke KLIA 2. Dalam perjalanan ke KL Sentral, dapat info lagi sekali flight pukul 3.20 petang. Saat ini hati aku masih mampu bersabar. Jadi teruskan perjalanan dengan sabarkan hati. Sesampai di KLIA, sekali lagi aku dapat info bahawasanya penerbangan kami sebenarnya adalah 4.20 petang. Ini bukan kerana delay flight ke apa, hal ini terjadi adalah kerana bukan aku yang uruskan hal pembelian tiket. Salah tengok dan salah informasi. Terus hati mula rasa berasap dan hampir marah. Tapi demi percutian yang indah itu aku diamkan aja. Tak nak kerana perkara kecil semuanya jadi tak seronok. Niat bercuti adalah untuk bergembira bukan bermasam muka.



Kami mengamalkan kaedah gamble untuk ke Langkawi. Disebabkan kerana salah seorang dari kami berempat tak ikut serta, jadi segala perancangan terus berubah. Segalanya diuruskan sewaktu kami sampai disana dari kereta dan hotel. Kami sangat bernasib baik sebab dapat penginapan yang betul-betul berhadapan dengan pantai dan harga pun murah. Kereta pun apalah lagi. Siap boleh nego kauw-kauw dengan owner kereta.

Dah selesai uruskan kereta dan penginapan, kami masuk bilik berehat seketika sebelum keluar menghayati pemandangan matahari terbenam ditepi pantai. Acah-acah sweet la gitu kononya! Alhamdulillah, hari pertama percutian kami berjalan baik. Walaupun bermacam perkara yang kami tempuh sebelum sampai ke Langkawi ni,


Hari kedua... bermula dengan aktiviti mandi pantai. Huish, serius lama tak mandi manda di pantai. Seterusnya memulakan perjalanan menjelajah pulau. Buat survey untuk tempat membeli barangan seperti cokelat dan bagasi. Habis kedai kami jajah untuk buat perbandingan harga. Nak cari tempat yang paling  murahlah kononya. Tapi sebenarnya harga adalah sama. Lepas dah penat menjajah kedai-kedai kami berjalan pula ke semua pantai-pantai yang ada. Di waktu tengah hari dan panas terik kami berhenti membasahkan tekak dengan cendol dan mengisi perut dengan laksa di Teluk  Yu. Mulalah sesi bergambar serba sedikit. Diorang berdua ni jenis malas nak melayan aku. Ambik gambar pun kurang ikhlas. Aku ni kalau ambik gambar punyalah berseni. Jiwa i'olls...!






Sebelah petang tu, aku tiba-tiba dapat idea untuk buat suprise kat Dayah sebab esoknya adalah birthday dia. Aku merancang sesorang mulanya dalam kepala. Tapi rasa macam tak best plak sebab macam pentingkan diri je. Jadi, aku berkongsi rasa dan idea dengan Linda (nama kami berdua memang sama). Linda + Linda buat perancangan last minit. Mulalah menggelabah fikir mana nak cari kek. Nasiblah aku ni jenis yang suka perhatikan keadaan sekeliling. Teringat yang berhampiran dengan chalet kami ada sebuah kedai roti dan kek. Jadi kena fikir macam mana nak cuba lepaskan diri untuk membeli kek berkenaan.  Sebelum balik ke chalet, aku siap-siap bagitahu Dayah yang nak buat party bujang malam nanti. Tapi perkara yang suprise tu biarlah suprise. Hehehehe... Maka masing-masing gigih beli jajan dan air. Nak party kenalah ada bekalan makanankan. :)

Sebelah malam, lepas maghrib kami mulakan misi mencari makan. Berjalan dari hujung ke hujung demi nak mencari benda yang sedap dan berbaloi untuk ditelan. Dalam masa yang sama, aku ni asyik mintak dok singgah je kedai bakeri. Agak banyak juga kedai bakeri area situ rupanya. Cuma kek yang tak berapa nak mengliurkan tekak aku. Akhirnya Linda berjaya bawa Dayah berjalan dulu ke kedai makan dan aku berjaya masuk ke bakeri tanpa disyaki apa-apa. Plan A berjaya. Tinggal nak ambik kek sebelum kedai tutup nanti dan aku berlakon la siket. Masuk bakeri sebab nak beli roti untuk sarapan. Konon aku akan meroyan kelaparan bila bangun pagi nanti. Hahahahaha hampeh betul!

Aku terpaksa mereka cerita yang aku nak jumpa dengan kawan abang aku, yang kononya nak kirim hadiah kahwin untuk abang aku sebab dia tak dapat nak balik masa majlis nikah abang aku. Konon la... Plan dah cantik dah, tiba-tiba lepas balik ke chalet Dayah pulak buat hal tak nak masuk bilik, nak melepak kat lobi sebab kt situ ada wifi. Dia ni kalau jumpa wifi, dah memang tahap tak boleh letak talifon tu. Aku pun tak paham dengan orang yang sebegini. Haish... Plan terpaksa berubah. Aku berpura-pura merajuk dengan Dayah dan terus masuk bilik. Sebenarnya masuk bilik tu sebab tengah cari jalan macam mana nak keluar pergi ambik kek tu. Sekali lagi bernasib baik sebab antara sebelah-sebelah chalet ni diorang tak letak pagar. Jadi aku pun menyelinaplah keluar ke kedai bakeri ikut jalan dalam. Siap-siap wasap Linda supaya jangan bagi Dayah berganjak dari tempat dia. Fuh.... misi berjaya. Tinggal nak tunggu masa 12 tengah malam nak keluarkan kek tu. Suprise yang sepatutnya pada pukul 12 tengah malam menjadi pukul 11.30 malam. Sebab Dayah masuk bilik awal konon nak pujuk aku yang tengah merajuk. Dia tak tahu yang aku pura-pura. Untuk pertama kalinya dia tak berjaya untuk syak apa-apa pada kelakuan pelik aku. hehehehe..... Lepak tepi pantai sampai 4 pagi dan balik tidur. Itu pun sebabnya ada orang mabuk datang mengacau.



Hari ketiga, plan kami nak menaiki kereta kabel dan bergambar di Marina Bay. Jadi keluar dari chalet pun pada waktu petang. Sebab budak berdua ni ada masalah dengan sinaran matahari. Gila sangat nak makan kolegen sampai takut nak bermain tengah panas. Aku ni pulak memang nak sangat kulit aku jadi gelap tak nak putih putih. Sebelum memulakan aktiviti kami singgah makan di satu warung di tepi jalan nak menuju ke tempat kereta kabel. Nak dapat harga murah jadi kami pergilah waktu happy hour.




Percutian kami bertiga memang tersangat mencabar sebenarnya. Biasalah bukan semua yang kita rancang akan jadi seperti yang kita nak. Barulah akan jadi kenangan yang takkan dilupakan. Selepas makan kami plan nak ke Marina Bay, tapi waktu pulak tak sesuai sebabnya cuaca sangat panas. Kami pun teruskan perjalanan ke Kabel car. Sebelum tu, singgah sekejap di Teluk apa ke entah tempat tu. Kebetulan masa tu Linda duduk belakang dan tidur. Aku dengan Dayah keluar dari kereta dan biarkan je enjin kereta hidup sebab takut pulak pengsan anak orang tu sebab kepanasan. Oh, sebelum tu lupa nak bagitahu yang kami menyewa kereta yang fully manual. Dari gear hinggalah ke door lock. Semuanya manual! Disebabkan mamai terjaga dari tidur Linda terus kunci pintu dari dalam dan tutup pintu tanpa matikan enjin. Kami menunggu hampir 4 jam untuk owner kereta datang hantar kunci spare. Kesabaran hilang dah waktu tu. Demi nak hilangkan rasa bosan, mulalah bermacam gambar yang aku snap.







Aku rasa macam dah panjang sangat aku tulis ni. Orang yang nak membaca pun dah macam bosan untuk teruskan pembacaan. Jadi aku rasa adalah baiknya aku berhenti menaip dan letak gambar sikit sebelum aku tamatkan kisah percutian ini.










Percutian 4 hari 3 malam berakhir juga. Hari terakhir tu kami pulun membeli barangan yang dikirim dan untuk diri sendiri juga. Ada lagi kisah yang jadi sebelum nak check in beg. Tapi takut terpanjang lagi. Maka aku akhiri penulisan ini dengan ucapan terima kasih kerana korang gigih untuk menghabiskan bacaan.

Sekian... :)

No comments: