Tuesday, January 26, 2016

2016 ke arah lebih positif

Alhamdulillah.... Berakhirnya tahun 2015 dengan segala nikmat dan syukur. Sepanjang beberapa bulan aku berhenti untuk update enteri di belog ni. Bukan kerana apa-apa, hanya aku kehilangan idea untuk menulis. Idea untuk bercerita tu ada, cuma nak karang ayat tu membuatkan aku agak kemalasan.

Setiap awal tahun sebelum ni aku pasti akan membuat listing berkenaan azam aku tahun yang lepas. Kali ni, aku nak buat perubahan. Mulakan enteri untuk 2016 dengan segala rasa syukur yang tidak terhingga kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan aku. Bukan seperti biasa, pada tahun 2016 ni aku nak jadi yang luar biasa.

Awal 2016 ini aku mulakan dengan menukar kerja. Ke tempat lain maksud aku. Kerja agak mencabar sebab aku kena belajar sendiri dan bekerja sendiri plus aku menjadi PA kepada seorang COO di sebuah syarikat di PJ dalam masa yang sama aku masih lagi sebagai IT personnel cuma aku tambah job scope supaya suatu hari nanti pengalaman aku ini boleh di marketkan.Hahaha... Aku masih lagi menetap di Shah Alam dan hari-hari aku mulakan dengan menunggang motor seawal jam 7 pagi.

Awal tahun 2016 juga menjadi detik hitam bagi aku. Tarikh 6 Jan 2016 aku telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta sewaktu balik kerja. Kecederaan fizikal tak banyak kelihatan. Kaki kiri luka, lutut kanan dan juga lebam di beberapa anggota badan. Yang paling teruk aku terkehel rahang bawah belah kanan dan gigi depan aku patah separuh. Tapi tak apa, semua ni akan baik tak lama lagi. Gigi aku belum berjaya untuk ditampal lagi kerana masih sensitif dan keadaan mulut yang masih belum boleh dibuka seperti biasa. Dan untuk pertama kalinya aku mendengar nasihat doktor untuk mengambil ubatan dan rawatan. Demi nak sihat.

Bekerja di tempat baru setakat ini aku rasa ok. Kawan-kawan sekerja sangat membantu walaupun aku masih lagi cuba untuk memahami diorang punya teknologi disini. Ada beberapa barang IT yang perlu ditambah dan ada yang perlu dinaik taraf dan ada juga yang perlu dipelajari. Jadi semua ini adalah cabaran bagi aku untuk aku buat dalam masa tempoh percubaan 6 bulan ini.

Untuk tahun 2016 ni aku nak buat semua perkara yang aku tak suka buat. Contohnya aku tak suka minum kopi, tapi aku dah pun belajar minum kopi *harapnya jangan sampai ketagih* dan bermacam lagilah. Kalau nak ikutkan perasaan tak suka ni sampai bila-bila pun akan jadi tak suka kalau tak belajar untuk terima dan redha. Aku nak jadi orang yang lebih positif dalam menguruskan kehidupan aku dan aku berazam nak tamatkan zaman bujang tahun ni. *sebenarnya target tahun lepas tapi belum kesampaian*.

No comments: