Monday, March 14, 2016

Hati-Hati

Assalamualaikum....

Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ayat cliche yang selalu akan digunakan oleh bloger-bloger apabila dah lama tak update entri "bersawang belog ni".  Sebab dah lama tak update. Kenapa lama dah tak buat entri? Sebab aku memang nak taip semua entri kalau boleh paling sedikit pun aku nak buat satu entri untuk satu hari. Tapi.... siapa yang sudi bacakan? Aku bukanlah didalam kategori orang yang popular yang orang sentiasa nantikan kemunculan setiap bebelan melalui penulisan. Sebenarnya, aku memang ada niat nak menaip tapi setiap kali aku cuba login blog aku terus lupa nak menulis tentang apa(faktor peningkatan umur mungkin). Haha

Seperti yang aku ceritakan dalam entri aku yang lepas, aku telah terlibat dalam satu kemalangan kecil pada awal tahun hari tu. Kecederaan aku tak nampak parah pada zahirnya.. Tapi pada hakikatnya yang aku tak sedar sebenarnya aku mengalami kecederaan yang agak serius. Tulang kaki aku retak. Selepas sebulan dari tarikh kejadian aku mengalami demam dengan tiba-tiba. Ok, bukan tiba-tiba. Asalnya aku selesema dan kemudian demam. Kebetulan waktu tu sehari sebelum cuti hari raya cina. Dalam keadaan yang kurang sihat tu aku paksa diri datang kerja sebab aku tak nak menambahkan koleksi surat MC lagi. Baru kerja sebulan dan 5 MC aku bagi untuk kompeni baru ni. ihiks...

Dalam tak larat tu aku gagahkan diri drive seorang diri ditengah malam untuk balik kampung. Cuti lama kot, takkan aku nak mereput sesorang kat Shah Alam tu. Dengan harapan balik awal tengah malam tu jalan kurang jammed. Tapi biasalah.. dah nama pun cuti sekolah dan perayaan. Mana nak lari dengan jammed. Masa ni aku belum sedar lagi yang kaki aku retak. Maklumlah belum rasa sakit lagi. Luka pun dah baik, sakit pun berkuranganlah pada bahagian luka tu.

Setelah lebih kurang 9 jam aku drive. Dari gelap gelita sampai cerah tanah aku drive tanpa henti dan tidur. Siap boleh main lumba-lumba dengan kereta jiran aku di Shah Alam. hehehe... Alhamdulillah aku selamat sampai di Kuala Semerak.

Setelah sehari berada di kampung kaki aku mula membengkak dan sakit. Aku tak dapat duduk bersila. Aku ni kira bernasib baik sebab mak aku kategori orang yang boleh ubatkan orang patah tulang. Adalah sedikit ilmu tu nak tengok tulang orang yang patah atau retak. Bila mak aku sentuh je kaki aku terus dia cakap kaki kau ni retak tulang. Dah ada selaput pun ni ha... Memang lambatlah nak baik tu jawabnya. Huhuhuhu....Seorang mak takkan lah sanggup nak tengok anak dia sakit lama-lama. Dalam sibuk dengan kenduri sana sini dan tempahan nasi dagang sempat lagi emak buat ubat untuk kaki anak dia yang agak degil ni.

Iyelah, benda dah sebulan baru nak berubat mana nak cepat baik. Mestilah ambik masa lama siket. Sampai sekarang kaki aku masih belum pulih sepenuhnya. Balik dari cuti aku pergi X-ray sebab nak pastikan yang kaki aku sebenarnya ok. Namun, nasib tak berapa baik doktor sahkan yang kaki aku dalam keadaan pembaikan. Tulang yang patah dah tumbuh dengan struktur yang tidak cantik. Jadi aku pun dinasihatkan untuk balut kaki aku sentiasa supaya pertumbuhan tulang tu kembali normal dan baik. Tapi... sehingga sekarang sakit tu masih ada dan semenjak 2 minggu lepas. Kaki aku kembali sakit seperti mula-mula kemalangan.Aku dinasihatkan agar tak banyak bergerak dan juga tidak memandu kereta(memandangkan kereta aku adalah kereta manual!) Huhuhuhu....

Siapa sangka, kecederaan luaran aku tak teruk sangat pun. Nampak macam aku jatuh motor biasa je. Tak kena langgar apa-apa pun.

Dalam kita berhati-hati membuat sesuatu, mengingati sesuatu tanpa kita sedar ada orang lain yang terlalai dan terleka. Jadi, nasihat aku janganlah gelojoh dan saling menyalahkan bila berlaku kejadian seperti aku ni. Lepas eksiden aku sempat bangun cari telefon untuk tengok gigi aku yang patah. :D

Sekian....

No comments: