Tuesday, April 05, 2016

Tips Move On

Dah lama hati teringin nak menulis pasal cerita move on ni. Dari hari ke hari ada je halangan dan dugaan tiap kali nak sign in blog. Dan hari ini, alhamdulillah berjaya juga aku log in dan menulis tips move on gaya aku. Hal ini boleh dipraktikkan bukan sahaja untuk orang yang putus cinta malah ianya berguna untuk orang yang masih lagi tak boleh nak move on dalam sesuatu perkara contohnya walaupun dan bekerja di tempat baru tapi masih lagi merindui situasi di tempat kerja lama. EH! hahahaha

Tips Pertama :
Keluar dari zon selesa. Cuba buat aktiviti yang korang langsung tak pernah buat. Contohnya wall climbing. Letak target dalam diri sendiri. Dalam sebulan tu berapa perkara yang korang nak buat aktiviti baru. Kalau nak lagi seronok carilah kawan supaya kau tak rasa janggal nak mulakan aktiviti. Sambil tu apa lagi buka mata luas-luas tengok sekeliling. Hayati pemandangan manalah tau tetiba terjumpa jodohkan? Ihikss! Tapi jangan nak menggeletis sangat oke.

Tips Kedua :
Pergilah bercuti ke tempat yang tenang. Tak perlu jauh-jauh pun. Nak paling jimat korang pergilah melawat saudara mara yang rapat dan bermalamlah kat rumah diorang. Jangan lupa habiskan masa korang melayan berborak dengan mereka. Jangan nak menghadap talifon 24/7. Baik duduk rumah sesorang macam tu.

Tips Ketiga :
Ramaikan kenalan. Sekarang ni bermacam jenis sosial media yang boleh digunakan untuk mencari kawan. Dalam seronok dok mencari tu kenalah juga berhati-hati iye. Carilah kawan yang boleh buat kau rasa selesa untuk melepak dengan dia. Tak kiralah lelaki ke perempuan.

Tips Keempat :
Dekatkan diri dengan Allah. Ambil peluang untuk kau perbanyakkan amalan dan juga perbaiki diri. Insha-Allah kau akan rasa hati kau tenang dan sentiasa gembira. Banyakkan berdoa supaya dijauhkan dari perkara yang tidak baik. Sambil tu jangan lupa untuk mendoakan kedua ibu bapa kita sekali.

Tips Kelima :
Sentiasa ketawa. Maksudnya tak adalah sentiasa ketawa macam orang kurang siuman tu. Korang jadilah orang yang mudah terhibur. Layan lawak atau cubalah jadi manusia pelawak. Serius perkara ini amat menjadi dalam diri aku. Bila kau dapat tengok orang lain bergelak ketawa kau akan rasa wah... bahagianya. Target aku selalu untuk orang yang jenis susah terhibur ni. Dan secara automatiknya kau akan mula lupa dengan masalah kau dan lama kelamaan kau akan boleh move on dengan hidup kau.

Tips Keenam :
Jangan banyak berfikir. Cuba halang otak kau dari berfikir perkara yang lepas. Macam mana caranya? Senang je, kau nasihat diri sendiri dengan cara reverse physiology. Percayalah, ia amat menjadi. Cuma ambil masa sikitla

Tips Ketujuh :
Iaitu tips yang terakhir. Jadilah orang yang sentiasa menghargai orang sekeliling anda. Cuba belajar untuk duduk dalam semua situasi. Tak kiralah yang best atau pun tak. Yang penting bila kau menghargai setiap perkara yang berada disekeliling kau, kau akan mula melupakan dan teruskan dengan kehidupan yang kau rasa lebih selesa.

Sekian. :)

No comments: