Thursday, September 08, 2016

Pengorbanan

Tak beberapa hari sahaja lagi kita semua nak menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari raya Qurban. Tahun ini ada kelainan sikit dalam tradisi aku menyambut raya qurban. Sebab aku terpaksa menyambut raya disini seorang diri. Huhuhuhu... Hati sedih, sayu tak terkira dah ni. Kalau 3 tahun lepas walaupun beraya disini ada jugak adik aku menemani. Eh, sayu lah hati.... huhuhu

Bercerita tentang pengorbanan, teringat aku kisah beberapa tahun lepas. Dimana masa itu aku harus buat keputusan yang sangat besar dalam hidup aku. Keputusan yang akan menentukan masa depan dan hala tuju hidup aku. Aku berada dalam situasi yang paling genting. Antara keluarga, persahabatan dan cinta. Hahaha... kalau aku fikirkan balik semua itu adalah pengajaran yang sangat berharga untuk aku. Walaupun hati kecewa dan terluka dengan keputusan sendiri aku tetapkan juga untuk memilih keluarga dan persahabatan. Sebab cinta tu bila-bila pun akan jumpa lagi. Keluarga dan sahabat memang tak akan dapat aku jumpa sampai mati.

Berkorbanlah konon masa tu. Rawat hati dengan positifkan diri dan juga mencari keredhaan Ilahi. Keadaan aku masa tu. Senyum diluar menangis didalam. Aku ubah diri aku secara mendadak. Aku paksa diri aku agar tak pernah tunjukkan pada sesiapa apa yang ada dalam hati aku. Yang aku nak sangat masa tu orang nampak aku ceria dan bahagia. Sebab tulah aku bila hari cuti lebih gemar balik kampung atau menyendiri. Hihihi.... bila difikirkan balik semua itu adalah sesuatu yang sangat lawak buat diri aku.

Selama tiga tahun aku berhenti untuk mencari cinta. Bukan sebab aku mengharap atau aku menunggu. Cuma aku rasa masa tu aku nak rehatkan hati dari sebarang rasa. Ambil masa untuk ubah diri, perbaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik. Aku lebihkan masa bersama keluarga dan belajar menghargai setiap detik aku dengan mereka. Aku lebih tenang dan gembira. Sesekali adalah juga terdetik dalam hati dengan cinta yang aku tinggalkan, secepat mungkin aku akan cuba buat benda yang berfaedah. Contohnya tidur. hehehe...

Tahun keempat, hati bergelojak lagi. Masa ni aku rasa diri aku adalah seorang yang gagal tahap kritikal. Aku gagal untuk mengawal hati untuk tidak menghubungi. Hati terus-terusan keliru masa nih. Makin lama sepatutnya hati tu dah biasa dan sepatutnya lagi dah memang terus boleh melupakan. Tapi lain pulak pada aku. Mungkin juga sebab aku kejam pada awalnya. Sebab tu lah bila makin lama hati makin menggelupur. Tapi dah memang tertulis bukan jodoh. Yang ada hanyalah kebodohan ikutkan hati yang dirasuk bisikan syaitan nirojim! Huhuhu... Tapi kali ni hati mampu dikawal sampailah sekarang. Tanpa sebarang kata perpisahan atau selamat tinggal semuanya berlalu. Hati aku pun dah terisi dengan keadaan sekeliling.

Aku pernah nyatakan dulu, aku boleh survive walau dimana aku diletakkan cuma jangan letak aku dalam laut sebab aku tak tau berenang. Sekarang walaupun aku masih tak tau berenang aku dah boleh survive andai aku dicampakkan kedalam laut. Banyak lagi alternatif untuk aku survive semasa dalam laut tu. Aku cuba sedaya mungkin untuk teruskan hidup andai aku diletakkan di dalam laut. :)

Maaf andai ada yang tersalah faham entri ini. Aku tak berniat nak mengungkit kisah lama atau mengingati dan mengimbau atau apa. Cuma nak cerita pengalaman mengorbankan cinta untuk diri sendiri. Selama sebelum hal ini aku tak sedar yang cinta itu bukan hanya tentang kau dan aku. Rupanya cinta ini adalah lebih luas dan besar maksudnya. Lebih mendalam kalau cuba untuk didalami erti cinta tu. Cinta yang paling besar dalam hidup adalah cinta kepada Pencipta.

Teruskan itiqamah buat mereka yang telah membuat pilihan untuk mengubah diri kearah kebaikan. Kerana aku sedar hendak melakukan perubahan itu sangat mudah tapi yang tak mudah adalah untuk terus istiqamah dengan perubahan itu. Dampingilah kawan yang baik-baik yang boleh jadi penasihat untuk kau bila kau mula tersasar dari perubahan yang kau cuba lakukan. Insha-Allah urusan kau akan dipermudahkan oleh Allah.

Sekian.

No comments: