Sunday, December 18, 2016

Lactobacilus

Assalamualaikum...

Pernah tak korang ambik tahu tentang kebaikkan bakteria untuk tubuh badan manusia? Jangan terkejut kerana badan manusia sebenarnya memang memerlukan bakteria baik yang perlu tinggal didalam usus perut kita untuk memudahkan proses penghadaman. Jadi, bagi mana-mana orang yang memang mengalami masalah penghadaman lepas ni boleh cuba untuk makan supplement yang mengandungi lactobacillus. Tapi sebelum tu pastikan korang dapat nasihat daripada doktor.

Apa itu lactobacillus? Ok, aku akan terangkan mengikut kepahaman aku. Lactobacillus ini adalah sejenis bakteria baik yang memang diperlukan oleh badan manusia untuk memudahkan proses penghadaman. Ia akan tinggal didalam perut kita untuk bekerja menghadamkan semua jenis makanan yang kita makan. Jika korang rasa macam pelik dan ragu-ragu korang boleh cuba google.com atau jumpa pakar farmasi untuk dapatkan penerangan yang selanjutnya.

Pada mulanya aku dengar tentang bakteria baik ni macam "eh, ada pulak bakteria yang baik". Tak pernah aku percaya yang bakteria ni baik. Bagi aku semua bakteria tak baik untuk tubuh badan manusia dengan kata lain ia adalah JAHAT. Hahahaha. Sehinggalah beberapa minggu kebelakangan ini, aku mengalami masalah penghadaman. Yang mana aku makan dengan sangat banyak pada sesuatu masa tapi perut aku masih rasa lapar dan yang paling teruk walaupun aku makan tanpa henti, perut aku masih lagi berasa pedih dan akhirnya gastrik.

Punyalah gigih meng google cari punca kenapa aku makan banyak tapi perut masih rasa pedih. Siap jumpa artikel yang mengatakan ada cacing dalam perut. Sebelum aku jumpa artikel cacing tu aku asyik cakap ada hantu dalam perut aku ni. Sebab tu lah makan tak kenyang-kenyang. Huhuhuhu...

Hinggalah aku ambik keputusan untuk menjejakkan kaki ke klinik untuk dapatkan pandangan doktor. Sebab aku bukanlah orang yang suka makan ubat-ubatan yang bukan-bukan. Akhirnya barulah aku sedar akan kepentingan bakteria baik untuk badan manusia. Maklumlah semenjak dah dewasa ni segala perkara yang aku makan atau buat memang akan beri impak yang sangat-sangat efektif untuk diri aku. Jadi dah mula kena berhati-hati dengan segala makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan.

Bakteria baik ini boleh musnah jika korang selalu mengamalkan makan ubat antibiotik dan juga pain killer. Sebab ubatan jenis ini akan musnahkan segala jenis bakteria yang ada dalam badan manusia. Aku suspek bakteria baik dalam badan aku mati disebabkan aku makan antibiotik semasa aku kemalangan tempoh hari. Demi nak sihat dari luka kemalangan tu aku paksa diri makan ubat. Selepas daripada kes tu lah aku perasan perubahan pada tindak balas badan aku. Masalah penghadaman memang ketara, Aku fikir masa tu sebab aku tak dapat nak kunyah makanan dengan baik sebab tu aku mengalami masalah perkumuhan. Tapi sekarang dah tahu dan dah pun sedar dengan perlunya lactobacillus untuk badan.

Jadi, mulai dari sekarang silalah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Tak perlu belapar pun jadi sihat. Cuma kena disiplin dan cekal je. Semoga bertabah kita semua.

Sekian.

No comments: